UPM Institutional Repository

Kitab Aqidah Al-Najin dari segi pemaknaan, Tahqiq dan Takhrij: satu kajian awal


Citation

Omar, Muhammad Ramzi and Abdullah, Amini Amir and Abdul Kadir, Mohammad Nidzam and Mohd Yusoff, Ahmad Nasir (2019) Kitab Aqidah Al-Najin dari segi pemaknaan, Tahqiq dan Takhrij: satu kajian awal. Jurnal AL-ANWAR, 8 (2). pp. 15-38.

Abstract

Artikel penyelidikan ini membahaskan tentang kitab ‘Aqidah al-Najin dari segi pemaknaan, tahqiq dan takhrij. Aqidah al-Najin merupakan salah sebuah kitab akidah yang digunakan secara meluas oleh masyarakat Nusantara sama ada sebagai kitab pengajian atau sumber rujukan dalam persoalan yang berkaitan dengan akidah. Kitab ini dikarang oleh Syeikh Zainul Abidin bin Muhammad al-Fatani atau juga dikenali dengan julukan Tuan Minal. Kitab ini berdasarkan versi cetakan Maktabah wa Matba’ah Ben Halabi, Patani, mengandungi 140 halaman merupakan antara kitab akidah yang paling tebal dihasilkan setelah kitab Wardu al-Zawahir yang dikarang oleh Syeikh Daud alFatani. Pemaknaan merupakan satu usaha penterjemahan yang dilakukan untuk memberi maksud kepada sesuatu perkataan atau lainlain. Tahqiq dan takhrij merupakan dua istilah yang dipakai dalam kaedah para ulama mengenalpasti ketepatan maklumat sesebuah manuskrip atau kitab serta pencerahan terhadap beberapa perkara yang menjadi kesamaran dan perlu diperjelaskan. Pada dasarnya takhrij dan tahqiq lebih ditumpukan kepada kitab-kitab yang memuatkan riwayatriwayat hadith yang perlu dikesan sumber dan status periwayatannya. Matlamat di sebalik mentahqiq sesebuah kitab ialah bagi mendapat teks yang tepat sejajar dengan yang dikehendaki oleh pengarang asal kitab terbabit setelah dilakukan pengesahan penisbahan kitab itu kepada pengarang, tajuk yang dibahaskan serta menjelaskan maksud yang terkandung dalam kitab terbabit. Di sana terdapat perbezaan antara tugas yang dilakukan oleh seorang pentahqiq dan pentakhrij bagi kitab-kitab hadith atau kitab-kitab turath yang lain. Kitab yang ditahqiq ialah kitab yang telah disahkan benar judulnya, nama penulisnya, penisbahan kitab itu kepada penulis, dan teks kitab yang ditahqiq itu adalah paling menyamai dengan teks asal yang ditinggalkan oleh penulis asalnya. Atas sebab itu, usaha-usaha yang perlu dilakukan bagi semua bentuk manuskrip ialah melakukan pengkajian dari aspek-aspek mentahqiq judul kitab, mentahqiq nama pengarangnya, mentahqiq penisbahan kitab itu kepada pengarangnya dan mentahqiq teks kitab sehingga jelas yang ia adalah hampir menyamai teks asal pengarangnya. Takhrij pula membawa pengertian. Namun dalam kalangan ulama Mutaakhirin, takhrij ialah menunjukkan tempat sesuatu hadith dari sumber asalnya yang dikeluarkan dengan sanadnya kemudian menerangkan martabat hadith itu jika ada keperluan untuk berbuat demikian. Manakala nas-nas hadith itu hendaklah dicari dalam sumber-sumber hadith dengan mengambil kira ketepatan teks hadith yang disebutkan oleh pengarang berserta kepelbagaian riwayatnya. Tujuannya ialah bagi memastikan bahawa apa yang dinyatakan oleh pengarang adalah berdasarkan pengambilan yang tepat daripada sumber-sumbernya. Artikel ini menceritakan tentang proses dan strategi kajian yang dijalankan terhadap ‘Aqidah al-Najin dari segi pemaknaan, tahqiq dan takhrij yang menggunakan kaedah pengkajian tekstual (textual studies). Setiap teks dalam kitab tersebut diteliti dan dikaji hingga mustahil dikatakan bahawa ada yang terlepas daripada kajian berkenaan.


Download File

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Human Ecology
Publisher: Middle Eastern Muslim Graduates Association Press
Keywords: Syeikh Zainul Abidin bin Muhammad al-Fatani; Tuan Minal, Aqidah Al-Najin; Tahqiq; Takhrij
Depositing User: Mohamad Jefri Mohamed Fauzi
Date Deposited: 03 Apr 2023 07:44
Last Modified: 03 Apr 2023 07:44
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/81176
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item