UPM Institutional Repository

Kisah percintaan dan penggemblengan watak dan perwatakan dalam novel popular Adam dan Hawa karya Aisya Sofea


Citation

Che Shaffine, Nurul Hilwany and Abd Rani, Mohd Zariat and Mohd Kiram, Norazlina and Ismail, Muhd Zulkifli (2019) Kisah percintaan dan penggemblengan watak dan perwatakan dalam novel popular Adam dan Hawa karya Aisya Sofea. International Journal of the Malay World and Civilisation, 7 (3). pp. 51-62. ISSN 2289-1706; ESSN: 2289-4268

Abstract

Kajian ini bertitik tolak daripada pemahaman umum bahawa kisah percintaan sering dijadikan sebagai tema utama dalam novel-novel popular. Kebanyakan penyajian kisah percintaan dalam novel popular ini dikatakan menggembleng watak dan perwatakan yang ada dengan cara yang amat ketara. Bersandarkan tanggapan umum ini, artikel ini meneliti novel Adam dan Hawa (2013) iaitu sebuah novel popular karya Aisya Sofea yang diterbitkan oleh Alaf 21 Sdn. Bhd. Bagi mencapai matlamat kajian, analisa terhadap aspek watak dan perwatakan, dan seterusnya rumusan terhadap fungsi aspek watak dan perwatakan dalam pembikinan naratif novel telah dijalankan. Hasil daripada analisis mendapati bahawa pembikinan naratif novel Adam dan Hawa telah menggembleng sepenuhnya aspek watak dan perwatakan dengan merealisasikan tiga strategi, iaitu pembinaan watak dengan perwatakan yang kondusif, pembinaan watak dengan perwatakan yang saling bertentangan, dan olahan perwatakan watak-watak secara drastik. Melalui dapatandapatan ini, kajian ini merumuskan bahawa penggemblengan aspek watak dan perwatakan dalam novel Adam dan Hawa berfungsi membangunkan sebuah kisah percintaan.


Download File

Full text not available from this repository.
Official URL or Download Paper: https://www.ukm.my/jatma/en/journal-2/

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
DOI Number: https://doi.org/10.17576/jatma-2019-0703-06
Publisher: Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Love story;Characters and characteristics; Popular novel; Adam dan Hawa; Aisya Sofea
Depositing User: Mohamad Jefri Mohamed Fauzi
Date Deposited: 03 Apr 2023 02:42
Last Modified: 03 Apr 2023 02:42
Altmetrics: http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.17576/jatma-2019-0703-06
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/81174
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item