Simple Search:

Graduan diseru Majukan Negara Dengan Aspirasi MBE


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2010) Graduan diseru Majukan Negara Dengan Aspirasi MBE. [UPM News]

Abstract / Synopsis

SERDANG, 10 Oktober – Para graduan harus memajukan negara selaras dengan aspirasi Model Baharu Ekonomi (MBE) dengan menjadikan Malaysia sebuah negara yang berpendapatan tinggi. Pro Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Tan Sri Dato’ Sri Lim Ah Lek berkata graduan perlu menampilkan pembaharuan dari segi budaya kerja dan sikap persekitaran termasuk meningkatkan produktiviti melalui inovasi dan kreativiti serta peka terhadap alam sekitar dan masyarakat. “Pencapaian matlamat MBE boleh dicapai dengan mengukuhkan kualiti modal insan melalui tenaga mahir dan terlatih melalui pelbagai program akademik dan ko-kurikulum,” katanya ketika menyampaikan ijazah dan diploma pada hari kedua (sesi keempat) Majlis Konvokesyen ke-34 UPM di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Tan Sri Lim berkata konvokesyen pada kali ini mencatat sejarah kerana UPM muncul sebagai universiti yang mempunyai peratusan enrolmen pelajar pascasiswazah yang tertinggi iaitu 28 peratus. Terdahulu pada sesi ketiga sebelah paginya menyaksikan Tuanku Canselor UPM, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengurniakan ijazah dan diploma kepada 764 graduan sementara sesi keempat pada sebelah petang seramai 765 graduan menerima ijazah dan diploma daripada Tan Sri lim.


Download File

[img]
Preview
PDF
Graduan_diseru_Majukan_Negara_Dengan_Aspirasi_MBE.pdf

Download (99kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Depositing User: Muizzudin Kaspol
Date Deposited: 13 Oct 2010 09:23
Last Modified: 27 May 2013 15:37
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8084
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item