Simple Search:

Tuanku Canselor Tuntut Graduan Kreatif dan Inovatif Penuhi Kehendak Pelanggan


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2010) Tuanku Canselor Tuntut Graduan Kreatif dan Inovatif Penuhi Kehendak Pelanggan. [UPM News]

Abstract / Synopsis

SERDANG, 9 Oktober Tuanku Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) menuntut para graduan lebih kreatif dan inovatif untuk memenuhi kehendak pelanggan bagi menghadapi persaingan dan mengubahsuai pengurusan. Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah graduan yang pandai menggunakan kemahiran mereka dapat merangsang pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan kualiti hidup rakyat. Baginda menasihati graduan supaya menjayakan program transformasi negara untuk meraih status negara berpendapatan tinggi. “Beta yakin para graduan mampu menyokong usaha kerajaan mencapai matlamat Model Baharu Ekonomi. Mereka juga harus mampu menghadapi persaingan dan menampilkan daya tahan yang tinggi,” titah baginda pada hari pertama Majlis Konvokesyen UPM Ke-34 di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM. Sultan Sharafuddin memuji UPM dapat menerap konsep universiti penyelidikan dengan berkesan dengan memberikan impak terhadap kemakmuran bangsa dan negara secara komprehensif. Pada istiadat itu baginda berharap Tan Sri Dato’ Rozali Ismail yang dilantik semula sebagai Pro-Canselor UPM memberikan khidmat cemerlang untuk menjadikan UPM bertaraf dunia. Tuanku Canselor juga mengumumkan graduan Doktor Falsafah (Ph.D) UPM seramai 256 adalah yang tertinggi berbanding semua institusi pengajian tinggi di Malaysia. Pada majlis yang sama, baginda berkenan menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pentadbiran Awam kepada mantan Lembaga Pengarah UPM, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Zainul Ariff Hussain atas pengalaman beliau yang luas dalam bidang pentadbiran awam. Sesi pertama pada pagi 9 Oktober menyaksikan baginda mengurniakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D), Ijazah Sarjana, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma kepada 614 graduan sementara sesi kedua pada sebelah petang seramai 704 graduan menerima ijazah dan diploma daripada Pro-Canselor UPM, Tan Sri Dato’ Dr. Nayan Arifin.


Download File

[img]
Preview
PDF
Tuanku_Canselor_Tuntut_Graduan_Kreatif_dan_Inovatif.pdf

Download (75kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Depositing User: Muizzudin Kaspol
Date Deposited: 13 Oct 2010 01:19
Last Modified: 27 May 2013 07:37
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8082
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item