UPM Institutional Repository

Kerangka kaedah kajian penyelidikan bagi mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi komitmen prestasi kerja


Citation

Nordin, Norsyamimi and Hassan, Mohammad Mujaheed (2019) Kerangka kaedah kajian penyelidikan bagi mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi komitmen prestasi kerja. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 4 (7). pp. 111-121. ISSN ESSN: 2504-8562

Abstract

Prestasi kerja dilihat sebagai suatu set tingkah laku yang relevan dengan pencapaian matlamat organisasi atau unit organisasi tempat seseorang itu bekerja. Kerajaan telah menyarankan budaya kerja berasaskan prestasi dengan menggunakan petunjuk-petunjuk prestasi utama atau Key Performance Indicators (KPI) yang diterapkan dalam perkhidmatan awam mahupun swasta bagi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan. Sejajar dengan visi, misi dan fungsi agensi, setiap organisasi perlu mengukur prestasi perkhidmatan yang diberikan bagi memastikan semua perkhidmatan berkenaan disampaikan kepada pelanggan dengan baik. Ini secara tidak langsung dapat memberikan gambaran yang jelas mengenai prestasi organisasi secara keseluruhannya. Menyedari akan kepentingan prestasi kerja dalam meningkatkan kecemerlangan sesebuah organisasi, maka kajian ini cuba menghasilkan kerangka kaedah kajian penyelidikan bagi mengkaji faktor komitmen kerja yang mempengaruhi prestasi kerja seseorang pekerja di dalam organisasi. Walaubagaimanapun, kerangka kajian penyelidikan ini hanya memberi penekanan kepada empat faktor komitmen kerja yang mempengaruhi prestasi kerja yang utama sahaja sebagai pemboleh ubah tidak bersandar iaitu faktor penyeliaan, rakan sekerja, pendapatan dan minat. Kajian ini juga akan menjadikan latar belakang seperti jantina, umur dan tempoh pekerjaan sebagai pembolehubah terdahulu yang akan dihubungkaitkan dengan prestasi kerja secara tidak langsung. Kaedah kajian penyelidikan yang digunakan adalah kaedah kuantitif dengan menggunakan borang soal selidik untuk mendapatkan maklumat daripada responden. Kerangka kajian di jangka mampu membantu sesebuah organisai mengenalpasti isu di dalam organisasi dan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi meningkatkan prestasi kerja mereka.


Download File

[img] Text (Abstrak)
Kerangka kaedah kajian penyelidikan bagi mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi komitmen prestasi kerja.pdf

Download (9kB)

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Human Ecology
DOI Number: https://doi.org/10.47405/mjssh.v4i7.309
Publisher: Secholian Publication
Keywords: Factors of commitment; Job performance; Interest; Supervision; Co-worker; Income
Depositing User: Azhar Abdul Rahman
Date Deposited: 21 Oct 2020 21:10
Last Modified: 21 Oct 2020 21:10
Altmetrics: http://altmetrics.com-details.php?domain=psair.upm.edu.my&doi= 10.47405/mjssh.v4i7.309
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/80362
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item