UPM Institutional Repository

Kekangan menceburi bidang keusahawanan: persepsi pelajar Institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di Malaysia


Citation

Dahalan, Dzuhailmi and D'Silva, Jeffrey Lawrence and Arif Ismail, Ismi and Mohamed, Nor Aini (2019) Kekangan menceburi bidang keusahawanan: persepsi pelajar Institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di Malaysia. Malaysian Journal of Youth Studies, 20. pp. 1-11. ISSN 2180-1649

Abstract

Artikel ini meneliti kekangan menceburi bidang keusahawanan berdasarkan persepsi pelajar institusi pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) di Malaysia. Dapatan yang dibentangkan merupakan kajian kuantitatif melibatkan seramai 1,000 orang pelajar di lapan institusi TVET awam terpilih di Semenanjung Malaysia. Secara keseluruhannya, kajian mendapati kekangan responden menceburi bidang kesusahawanan berada pada tahap sederhana. Tidak terdapat perbezaan persepsi yang signifikan dari segi kekangan menceburi bidang keusahawanan di antara responden peringkat pengajian sijil mahu pun di peringkat diploma. Walau bagaimanapun, kajian mendapati terdapat perbezaan persepsi yang signifikan terhadap kekangan menceburi bidang keusahawanan di antara responden yang memiliki keluarga/ibu bapa yang menjalankan aktiviti perniagaan berbanding responden yang bukan berlatarbelakangkan keluarga/ibu bapa yang menjalankan aktiviti perniagaan. Kajian turut mendapati terdapat perbezaan persepsi yang signifikan terhadap kekangan menceburi bidang keusahawanan di antara responden yang terlibat dengan aktiviti perniagaan semasa mengikuti pengajian di institusi berbanding mereka yang tidak terlibat langsung dengan sebarang aktiviti perniagaan. Ringkasnya, menceburi bidang keusahawanan dilihat sebagai pilihan yang realistik bagi pelajar TVET di Malaysia oleh kerana kemahiran individu yang spesifik dimiliki oleh mereka. Namun, sistem sokongan yang lebih bersepadu dan efektif boleh difikirkan bersama ke arah mengurangkan kekangan yang boleh membantutkan kesediaan mereka untuk menceburi bidang keusahawanan pada masa hadapan.


Download File

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Institute for Social Science Studies
Publisher: Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia
Keywords: Kekangan; Pelajar TVET; Keusahawanan; Institusi TVET; Usahawan TVET
Depositing User: Azhar Abdul Rahman
Date Deposited: 05 Apr 2023 03:37
Last Modified: 05 Apr 2023 03:37
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/80358
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item