UPM Institutional Repository

Implisit judul berita pilihan raya umum ke-14


Citation

Tauran, Faris Fakhira and Zainon Hamzah, Zaitul Azma (2019) Implisit judul berita pilihan raya umum ke-14. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 4 (6). pp. 32-44. ISSN 2504-8562

Abstract

Kemenangan parti pembangkang dalam pilihan raya umum (PRU) kali ke-14 telah memecahkan tampuk pimpinan kerajaan lama yang telah memerintah selama 60 tahun. Pelbagai isu mengenai pilihan raya umum disiarkan menerusi media massa terutamanya media cetak. Media cetak seperti surat khabar juga tidak terlepas daripada menyiarkan pelbagai judul berita yang menarik. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa judul berita yang ditulis menggunakan perkataan yang mempunyai makna implisit. Penggunaan perkataan yang mempunyai makna implisit ini akan menyukarkan pembaca untuk memahami judul yang dipaparkan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan membincangkan perkataan implisit yang terdapat dalam judul berita PRU ke-14. Kaedah yang dipilih bagi melaksanakan kajian ini ialah kaedah kualitatif. Selain itu, bahan kajian yang digunakan ialah surat khabar Berita Harian keluaran bulan April dan Mei bagi tahun 2018. Namun, berita yang dipilih hanya berfokus kepada berita PRU ke-14 yang mempunyai perkataan implisit sahaja. Setiap data yang dikumpul akan dikateorikan mengikut bentuk kata iaitu kata tunggal, kata terbitan dan kata majmuk. Data yang telah dikategorikan akan dianalisis dengan menggunakan teori semiotik. Hasil dapatan menunjukkan bahawa terdapat 28 judul berita PRU ke-14 yang menggunakan perkataan implisit. Kebanyakan perkataan implisit ini terdiri daripada kata majmuk iaitu sebanyak 18 judul, diikuti kata tunggal sebanyak 8 judul dan kata terbitan sebanyak 2 judul. Penggunaan perkataan implisit ini adalah bertujuan untuk menarik perhatian pembaca supaya membaca berita yang disiarkan. Justeru, kajian ini secara tidak langsung dapat menunjukkan bahawa berita bergenre politik juga turut menggunakan perkataan implisit dalam penulisan judul berita.


Download File

[img] Text (Abstrak)
Implisit judul berita pilihan raya umum ke-14.pdf

Download (6kB)

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH)
Keywords: Implicit; News headline; General election; Newspaper; Semantics
Depositing User: Azhar Abdul Rahman
Date Deposited: 01 Oct 2020 03:34
Last Modified: 01 Oct 2020 03:34
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/80181
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item