UPM Institutional Repository

Hubungan ibu bapa anak dengan kesejahteraan diri dalam kalangan pelajar universiti di Serdang, Selangor


Citation

Johari, Mohammad Arif and Ahmad, Sa'odah (2019) Hubungan ibu bapa anak dengan kesejahteraan diri dalam kalangan pelajar universiti di Serdang, Selangor. Malaysian Journal of Youth Studies, 2. pp. 280-294. ISSN 2180-1649

Abstract

Kajian ini telah dijalankan untuk menentukan perkaitan antara hubungan ibu bapa anak dengan kesejahteraan diri dalam kalangan pelajar universiti di Serdang, Selangor. Seramai 400 orang pelajar telah dipilih sebagai responden kajian dan data dikumpul menggunakan borang soal selidik yang diisi sendiri oleh responden. Skala Personal Wellbeing Index - Adult (PWI-A) oleh Cummins (2013) digunakan untuk mengukur tahap kesejahteraan diri pelajar. Hubungan ibu bapa anak.pula telah diukur dengan menggunakan Skala Perceptions of Parents Scales (POPS) yang dibangunkan oleh Grolnick, Deci & Ryan (1997). Hasil kajian menunjukkan terdapat perkaitan yang signifikan antara hubungan ibu anak (r = 0.162*, p ≤ 0.05) dan hubungan bapa anak (r = 0.148**, p ≤ 0.05) dengan kesejahteraan diri pelajar. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan hubungan ibu anak merupakan faktor yang paling mempengaruhi kesejahteraan diri pelajar (β = 0.138). Hasil kajian ini memberi maklumat penting mengenai kesejahteraan diri pelajar universiti, di mana hubungan ibu bapa anak merupakan faktor yang mempengaruhinya.


Download File

[img] Text (Abstrak)
Hubungan ibu bapa anak dengan kesejahteraan diri dalam kalangan pelajar universiti di Serdang, Selangor.pdf

Download (108kB)

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Human Ecology
Publisher: Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Keywords: Student’s wellbeing; Parental relationships; Mother’s child relationship; Father’s child relationship
Depositing User: Azhar Abdul Rahman
Date Deposited: 21 Sep 2020 08:38
Last Modified: 21 Sep 2020 08:38
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/80095
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item