UPM Institutional Repository

Faktor personaliti dan kepuasan kerja dalam kalangan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), Polis Diraja Malaysia di Selangor


Citation

Ghazali, Ianalisa and Mohd Khir, Azlina and Ismail, Zanariah (2019) Faktor personaliti dan kepuasan kerja dalam kalangan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), Polis Diraja Malaysia di Selangor. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 4 (3). pp. 114-127. ISSN 2504-8562

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara personaliti dan kepuasan kerja dalam kalangan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di Selangor. Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk i) menghuraikan sosio-demografi anggota PGA; ii) mengenal pasti ciri personaliti dan tahap kepuasan kerja dalam kalangan anggota PGA; iii) menentukan perbezaan tahap kepuasan kerja berdasarkan tempoh perkhidmatan anggota PGA; dan v) menentukan hubungan antara ciri personaliti dengan kepuasan kerja dalam kalangan anggota PGA. Seramai 300 orang responden terdiri daripada anggota PGA berpangkat Konstabel hingga Sub-Inspektor yang bertugas di Batalion 4 dan Batalion 19, Briged Tengah, Cheras, Selangor terlibat dalam kajian ini. Responden dipilih melalui kaedah persampelan pelbagai peringkat (multi-stage sampling). Data dikumpul menggunakan borang soal selidik yang ditadbir sendiri oleh responden yang mengandungi tiga bahagian iaitu latar belakang responden, Indeks Kepuasan Kerja (IKK) dan Big Five Inventory (BFI). Data kajian yang diperolehi dianalisis menggunakan SPSS versi 22. Hasil kajian bagi tret personaliti menunjukkan majoriti responden mempunyai ciri personaliti ektraversi, kesetujuan, berhemah dan terbuka kepada pengalaman pada tahap tinggi manakala ciri neurotisisme berada pada tahap rendah. Bagi kepuasan kerja, majoriti responden mempersepsikan kepuasan kerja pada tahap sederhana. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kepuasan kerja responden adalah berbeza mengikut tempoh perkhidmatan di mana responden yang berkhidmat melebihi 20 tahun mempunyai tahap kepuasan tertinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan ciri personaliti ektraversi, kesetujuan dan berhemah mempunyai hubungan negatif yang signifikan manakala ciri neurotisisme mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan kepuasan kerja. Hubungan negatif antara ciri personaliti ekstraversi, kesetujuan dan berhemah dengan kepuasan kerja menunjukkan bahawa responden yang mempunyai skor rendah bagi ciri-ciri tersebut seperti dominan, konservertif, tidak ramah, kasar dan rasa curiga lebih berpuas hati dengan tugasan sebagai PGA. Manakala responden yang mempunyai tinggi ciri neurotisisme seperti bimbang, berjaga-jaga dan cemas lebih berpuas hati dengan tugasnya berbanding yang rendah ciri neurotisisme. Justeru, setiap anggota polis yang ingin diserap ke PGA perlu membuat ujian personaliti agar yang terpilih adalah anggota yang sesuai.


Download File

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Human Ecology
Publisher: Secholian Publication
Keywords: Personality; Job satisfaction; General operations force
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 02 Mar 2023 08:49
Last Modified: 02 Mar 2023 08:49
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/79877
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item