Simple Search:

AGREX’10 Tingkat Produktiviti Pertanian


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2010) AGREX’10 Tingkat Produktiviti Pertanian. [UPM News]

Abstract / Synopsis

SERDANG, 26 Oktober – Persidangan International Conference On Agricultural Extension 2010 (AGREX’10) menjadi platform ke arah meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan aktiviti pengembangan untuk memajukan bidang pertanian. Dengan tema ‘Empowerment of Agri-food Stakeholders in Facing Global Challenges towards Sustainability’, acara dwi-tahunan itu dapat memberi impak positif terhadap perkembangan industri pertanian negara. Majlis yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi, Dato’ Saifuddin Abdullah itu dihadiri seramai 250 peserta dari dalam dan luar negara di Hotel Palm Garden, IOI Resort Putrajaya. “Selain mengumpulkan para pakar, ahli akademik, penggubal polisi, penyelidik dan ahli industri, kumpulan atau individu di bawah satu bumbung, AGREX’10 menjadi platform peserta berkongsi idea dan pengalaman memajukan sektor pertanian sehingga mampu bersaing di pasaran,” kata Dato’ Saifuddin. Persidangan itu dianjurkan Pusat Pengembangan, Keusahawanan dan Pemajuan Profesional (APEEC) Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Taman Pertanian Universiti dan Fakulti Pertanian UPM. Pengarah APEEC, Prof. Dr. Musa Abu Hassan berkata pihaknya komited mengadakan persidangan seumpama itu bagi memperkasakan sektor pengembangan pertanian tempatan dalam menghadapi saingan global. Katanya persidangan itu akan memberikan galakan kepada masyarakat petani tempatan untuk mengguna pakai teknologi terkini bidang pertanian dan seterusnya mengaplikasikan teknik penanaman pertanian moden.


Download File

[img]
Preview
PDF
AGREX’10_Tingkat_Produktiviti_Pertanian.pdf

Download (103kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Depositing User: Mardhiah Mat Jusoh
Date Deposited: 08 Nov 2010 10:18
Last Modified: 27 May 2013 07:37
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/7981
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item