UPM Institutional Repository

The effect of water turbulence generated by air-water lift (AWL) system towards the growth of Nannochloropsis sp.


Citation

Sim, Andy Wei Jie (2012) The effect of water turbulence generated by air-water lift (AWL) system towards the growth of Nannochloropsis sp. [Project Paper Report]

Abstract

Satu eksperimen telah dijalankan untuk mengenalpasti kesan pergolakan air dalam liter per minit (LPM) terhadap mutu air terpilih dan pertumbuhan Nannochloropsis sp. yang dikultur pada 2×105 sel/ml dalam tangki plastik berukuran 8 L pada awal eksperimen. Kadar pergolakan ditentukan pada 0 (kawalan), 1, 3, 5 dan 7 LPM dalam 25 tangki secara rawak. Inokulum telah diambil dari stok yang sihat dan berada dalam fasa pertumbuhan dan dipindah ke dalam medium yang telah mengandungi EPIZYM-AGP COMPLETE. Pertumbuhan dalam semua tahap pergolakan telah diukur dengan menggunakan Neubauer improved hemacytometer dan mutu air telah diukur dengan menggunakan alat pengukur mutu air. Kedua-dua ukuran telah diambil semasa fasa cahaya. Keputusan telah menujukkan bahawa tahap pergolakan air 5 LPM member nilai SGR yang paling tinggi iaitu 0.21 dan mempunyai jumlah sel/ml yang agak memuaskan sebanyak 1.33×107. Mutu air dalam tangki yang mempunyai pergolakan menunjukkan paten turun naik yang sama dan kecil perbezaannya antara rawatan. Dalam rawatan kontrol (0 LPM), SGR hanya mencapai 0.12. Mutu air terutamanya oksigen terlarut adalah sangat tinggi (15.8 mg/L) dan paten turun naik adalah tidak konsisten bagi suhu dan pH sepanjang masa eksperimen dijalankan. Secara keseluruhannya, pergolakan air memainkan peranan penting dalam pengkulturan Nannochloropsis sp. dan tahap pergolakan yang sesuai bagi pengkulturan dalam tangki 8 L adalah 5 LPM untuk mengekalkan kualit mutu air and pertumbuhan yang optima.


Download File

[img] Text
FP 2012 97 IR.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Project Paper Report
Call Number: FP 2012 97
Chairman Supervisor: En. Abdullah Abd Rahim
Divisions: Faculty of Agriculture
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 05 Aug 2020 07:41
Last Modified: 05 Aug 2020 07:41
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/79263
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item