UPM Institutional Repository

Kelewatan Proses Pembayaran Balik Cukai Berlebihan di Lembaga Hasil Dalam Negeri


Citation

Sivagnanam, Selvendran (1997) Kelewatan Proses Pembayaran Balik Cukai Berlebihan di Lembaga Hasil Dalam Negeri. [Project Paper Report]

Abstract

Selaras dengan pembangunan ekonomi negara yang pesat, labatan Hasil Dalam Negeri telah dikorporasikan untuk meningkatkan prestasi perkhidmatannya kepada pembayar cukai. Sebagai sebuah badan berkanun kerajaan, LHDN diberikan penuh kepercayaan untuk memungut hasil cukai bagi pihak kerajaan. Bagi mencapai hasrat ini, LHDN telah melaksanakan beberapa langkah untuk meningkatkan mutu perkhidmatannya kepada pembayar cukai. Salah satu daripadanya ialah potongan cukai melalui PCB. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor - faktor utama yang menyebabkan kelewatan proses pembayaran balik cukai berlebihan akibat daripada potongan cukai melalui PCB. Di samping mengenalpasti, kajian ini juga bertujuan untuk menyenaraikan faktor - faktor tersebut mengikut kepentingan melalui penggunaan kaedah AHP. Hasil kajian menunjukkan bahawa faktor kecuaian majikan mengisi borang CP39, beban kerja dan kekurangan staff merangkumi 60% daripada keseluruhan masalah di Kaunter Pembayaran. Di Cawangan Penaksiran pula, faktor kelewatan menerima borang B, ketidaklengkapan maklumat dalam borang B dan beban kerja staff menyumbangkan 63% daripada keseluruhan masalah. Akhirnya di Cawangan Pungutan, faktor kesulitan mengemaskinikan ledger pembayar cukai, persefahaman di antara bahagian dan kepentingan memperolehi maklumat di antara cawangan merupakan faktor - faktor utama yang menyumbang kepada kelewatan proses pembayaran balik cukai berlebihan. Berdasarkan kepada kajian di atas, pihak pengurusan LHDN dapat mengambil langkah -langkah yang sewajarnya untuk mengatasi masalah - masalah yang telah dinyatakan. Semoga sistem potongan cukai melalui PCB dapat membantu meningkatkan prestasi perkhidmatan LHDN dan menyenangkan pembayar cukai.


Download File

[img] PDF
GSM_1997_20_A.pdf

Download (824kB)

Additional Metadata

Item Type: Project Paper Report
Subject: Taxation - Malaysia - Problems, exercises
Call Number: GSM 1997 20
Chairman Supervisor: Dr. Salleh Bin Yahya
Divisions: Graduate School of Management
Depositing User: Nurul Hayatie Hashim
Date Deposited: 30 Sep 2010 06:25
Last Modified: 25 Jul 2011 05:42
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/7904
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item