UPM Institutional Repository

Gelaran warisan Kelantan: citra unik zaman-berzaman


Citation

Musa, Hashim and Zakaria, Noor Syamilah and Ab. Rahman, Norhayati (2019) Gelaran warisan Kelantan: citra unik zaman-berzaman. Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, Malaysia. ISBN 9789832391418/9832391415

Abstract

Gelaran Warisan Kelantan: Citra Unik Zaman-Berzaman menelusuri sejarah awal nama-nama gelaran yang wujud dalam masyarakat Melayu Kelantan. Negeri Kelantan termasyhur dengan nama-nama gelaran warisan yang unik yang menjadi citra kepada budaya dan masyarakat negeri ini. Nama-nama gelaran warisan yang unik itu ialah Nik, Wan, Che/Chek, Long, Neng, dan Tuan, di samping nama-nama gelaran yang dikongsi juga oleh negeri-negeri Melayu yang lain, misalnya Tengku, Engku, Ku, Raja, Megat dan Puteri. Nama-nama gelaran warisan itu mempunyai sejarah asal usul yang panjang dan amat menarik untuk dikaji. Dalam kajian ini, asal usul nama-nama gelaran itu dapat ditelusuri daripada sejak awal sejarah negeri Kelantan dan hubungannya dengan kerajaan Patani dan Campa. Nama-nama gelaran itu sememangnya terdapat dalam jurai salasilah keturunan kerajaan-kerajaan itu. Gelaran Warisan Kelantan: Citra Unik Zaman-Berzaman menggunakan dua kaedah penelitian, iaitu pertama kaedah perpustakaan dengan membuat penelitian terhadap bahanbahan bercetak dan dokumen, dan kaedah kedua kajian lapangan dengan membuat temu bual melalui penggunaan borang soal selidik terhadap responden yang telah dikenal pasti, yang mempunyai nama gelaran warisan tersebut. Bahan-bahan bertulis terdiri daripada buku-buku sejarah negeri Kelantan dan Patani, dan juga bahan-bahan bercetak yang lain yang berkaitan dengan budaya, sejarah dan persuratan negeri Kelantan dan Patani. Juga dokumen tentang salasilah keturunan nama-nama gelaran warisan itu dirujuk dan salinannya diperoleh, khususnya salasilah keturunan ‘Raja’ dan pembesar negeri-negcri di Wilayah Patani dan Kelantan dan juga salasilah keturunan nama gelaran warisan ‘Wan’. Dalam kalangan nama gelaran golongan ‘Raja’, beberapa jenis salasilah telah dikenal pasti, iaitu salasilah keturunan raja di negeri-negeri wilayah Patani dan keturunan Raja DiRaja Kelantan, dan juga salasilah keturunan Raja Jembal. Kajian ini memperturunkan sebanyak mungkin salasilah jurai keturunan raja-raja, pembesar, golongan bangsawan dan orang awam yang mempunyai nama-nama gelaran itu. Juga diteliti dan dibincangkan gejala penyesuaian ke atas nama-nama gelaran itu, dan juga gejala penggugurannya. Kini terdapat persoalan sama ada nama-nama gelaran warisan itu dapat dipertahankan atau tidak. Tentu sekali nama gelaran Tengku dan Raja dapat dipertahankan kerana selagi ada keluarga diraja dan golongan istana, maka nama-nama gelaran itu akan terus dikekalkan oleh mereka dan keturunan mereka. Namun tidak dapat dinatikan bahawa terdapat juga gejala pengguguran nama gelaran itu disebabkan oleh faktor perkahwinan, perpindahan, pendidikan, faktor sosial, faktor ekonomi dan faktor keselamatan, seperti yang dibuktikan oleh kajian ini. Namun dalam melakukan kajian ini,tentu sekali ada kekurangan dari segi ketuntasan pemilihan responden yang dihadkan oleh kekurangan masa dan tenaga, dan juga dari segi keterhadan dokumen-dokumen yang dapat ditemui dan rujuk. Tentu sekali ada lagi tokoh-tokoh dan dokumen yang perlu dirujuk dan dimasukkannya ke dalam kajian ini. Juga diharap kajian ini dapat mencetuskan kajian lanjut lagi oleh para pengkaji yang lain tentang nama gelaran warisan Kelantan yang unik ini.


Download File

[img]
Preview
Image
Gelaran-Warisan-Kelantan-Citra-Unik-Zaman-Berzaman.png

Download (130kB) | Preview
[img] Text
Gelaran warisan .pdf

Download (59kB)

Additional Metadata

Item Type: Book
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
Keywords: Name title; Kelantan's heritage; Kelantan
Depositing User: Azhar Abdul Rahman
Date Deposited: 06 Sep 2021 20:47
Last Modified: 06 Sep 2021 20:47
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/78588
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item