Simple Search:

UPM Kaji Kecekapan Sistem PV Jana Tenaga Elektrik


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2010) UPM Kaji Kecekapan Sistem PV Jana Tenaga Elektrik. [UPM News]

Abstract / Synopsis

SERDANG, 9 Nov - Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Sichuan Zhonghan Solar Power (SZSP) akan menjalankan penyelidikan untuk mengukur prestasi tiga jenis sistem photovoltaic (PV) dan mengkaji kesesuaian sistem itu menjana tenaga elektrik secara optima mengikut keadaan cuaca di negara ini. Sistem PV yang dibekalkan oleh SZSP, syarikat berpangkalan dari China itu terdiri daripada satu unit concentrated PV, dua unit PV with reflector dan satu unit flat panel PV menggunakan sel solar dan boleh menukar tenaga solar kepada tenaga elektrik. Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Dr. Hashim Hizam berkata sistem PV tersebut akan ditempatkan di satu lokasi yang sesuai dan tenaga elektrik yang dijana akan diaplikasikan kepada bangunan di lokasi tersebut. “Kami akan mengukur dalam tempoh tiga bulan sistem PV itu dari segi kecekapan dan penjanaan tenaga elektrik yang optima mengikut keadaan cuaca di Malaysia,” katanya ketika ditemui pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara UPM dan SZPV. MoU ditandatangani oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dato’ Dr. Abu Bakar Salleh dan Penolong Pengurus Besar SZSP, Jiang Shu Hong serta disaksikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UPM, Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Syed Jalaluddin Syed Salim. Prof. Dato’ Dr. Abu Bakar Salleh mengulas MoU itu merupakan usaha serius UPM ke arah mengaplikasikan tenaga hijau diperbaharui bagi mengurangkan jumlah pencemaran karbon.


Download File

[img]
Preview
PDF
UPM_Kaji_Kecekapan_Sistem_PV_Jana_Tenaga_Elektrik.pdf

Download (74kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Depositing User: Erni Suraya Abdul Aziz
Date Deposited: 10 Nov 2010 16:47
Last Modified: 27 May 2013 15:36
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/7857
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item