Simple Search:

Pelajar UPM hasil produk makanan bermutu


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2010) Pelajar UPM hasil produk makanan bermutu. [UPM News]

Abstract / Synopsis

SERDANG, 29 Oktober – Seramai 10 kumpulan pelajar tahun akhir Bacelor Sains dan Teknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menghasilkan produk baharu makanan yang bermutu. Sepuluh produk mereka dipamerkan sempena Hari Pengenalan Produk baharu yang dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM, Prof. Dr. Mohd Fauzi Ramlan sebagai memenuhi kurikulum pengajian. Program bertujuan melahirkan pelajar yang kreatif, berdaya saing dan mampu bekerja secara berpasukan bagi memastikan produk bermutu dapat dihasilkan. Ketua Jabatan Teknologi Makanan UPM, Dr. Roselina Karim berkata program itu merupakan usaha awal yang mendedahkan pelajar menceburi sektor pembuatan makanan yang berpotensi. “Pembangunan produk mementingkan usaha R&D bagi mendapatkan ciri-ciri kesegaran, kualiti, pemakanan, pembungkusan, tempoh simpan hayat dan keselamatan produk,” katanya. Produk yang dihasilkan turut dinilai oleh juri daripada industri makanan seperti Adabi, Noraini Cookies, MARDI dan Nestle. Produk ‘Tap-A-Bite’ yang dihasilkan oleh 11 pelajar dipilih sebagai produk terbaik iaitu biskut diperbuat dari tapai pulut hitam yang membekalkan khasiat vitamin B dan sumber antioksidan. Produk ‘Sur 1 Mee’, sejenis mee segera dalam cawan memenangi tempat kedua manakala tempat ketiga dimenangi oleh produk ‘Saerat Bites’ yang merupakan snek berasaskan kurma.


Download File

[img]
Preview
PDF
Pelajar_UPM_hasil_produk_makanan_bermutu.pdf

Download (112kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Depositing User: Mardhiah Mat Jusoh
Date Deposited: 08 Nov 2010 18:21
Last Modified: 27 May 2013 15:36
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/7853
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item