UPM Institutional Repository

Kepentingan penguasaan bahasa pertama dalam kalangan pelajar-pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)


Citation

Meni Anak Untai, . (2008) Kepentingan penguasaan bahasa pertama dalam kalangan pelajar-pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). [Project Paper Report]

Abstract

Kajian ini merupakan analisis tentang kepentingan pembelajaran dan penguasaan bahasa pertama dalam kalangan pelajar-pelajar di IPTA. Kajian telah dijalankan di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sejauh manakah kepentingan bahasa pertama kepada pelajar-pelajar yang sedang xv menuntut di IPTA. Di samping itu, tahap kekerapan pelajar menggunakan bahasa pertama serta minat pelajar terhadap bahasa pertama juga turut dikaji. Bagi menjayakan kajian ini, pengkaji telah memilih 40 orang pelajar yang sedang menuntut di FBMK,UPM untuk membantu kajian. 40 orang pelajar tersebut telah dipilih oleh pengkaji secara rawak yang terdiri daripada pelbagai jurusan, bangsa dan agama.sampel yang pelbagai ini akan enbantu pengkaji untuk mendapatkan hasil kajian yang lebih baik kerana pelajar yang pelbagai latar belakang ini sudah pastinya mempunyai pendapat dan pandangan yang berbeza terhadap kepentingan bahasa pertama. Sehubungan dengan itu, pengkaji turut mengkaji pendapat dan pandangan pelajar-pelajar tentang kepentingan bahasa pertama. Walaupun hasil kajian menunjukkan ramai pelajar yang sedar dan tahu tentang kepentingan pembelajaran dan penguasaan bahasa pertama tetapi masih ada segelintir pelajar yang menganggap bahawa bahasa pertama tidak penting. Pelajar yang menganggap bahasa pertama sebagai tidak penting terdiri daripada pelajar yang mengambil jurusan bahasa asing seperti Bahasa Perancis, Bahasa Mandarin dan sebagainya. Malangnya mereka ini kebanyakkannya terdiri daripada rakyat Malaysia juga. Hal ini akan menjejaskan kedudukan dan martabat bahasa pertama pada masa akan datang. Bagi meninjau masalah ini, pengkaji telah mengemukakan kesimpulan dan cadangan-cadangan yang dianggap berguna kepada semua orang. Cadangan-cadangan yang telah disyorkan oleh pengkaji itu dianggap bersesuaian bagi membantu mengatasi masalah pelajar. Cadangan itu akan membantu pelajar memahami erti kepentingan bahasa pertama serta akan meningkatkan minat mereka untuk menguasai dan mempelajari bahasa pertama. Hal ini seterusnya akan dapat memartabatkan lagi bahasa pertama di peringkat global pada masa akan datang.


Download File

[img] Text
FBMK 2008 1 - IR.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Project Paper Report
Call Number: FBMK 2008 1
Chairman Supervisor: Dr. Vijayaletchumy Subramaniam
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 01 Jun 2020 04:11
Last Modified: 01 Jun 2020 04:11
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/78190
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item