Simple Search:

UPM Cipta Alat Kesan Bahan Awet Mayat Pada Ikan


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2010) UPM Cipta Alat Kesan Bahan Awet Mayat Pada Ikan. [UPM News]

Abstract / Synopsis

SERDANG, 26 Ogos - Sekumpulan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) mencipta alat pengesan teknologi biosensor menggunakan enzim bagi mengenalpasti bahan kimia formaldehid yang boleh diguna sebagai bahan pengawet mayat pada ikan di pasaran. Ketua penyelidik, Prof. Madya Dr. Fatimah Abu Bakar dari Institut Biosains UPM berkata teknologi itu merupakan kaedah pantas dan efektif mengesan bahan yang boleh menyebabkan risiko penyakit kanser paru-paru, kanser otak dan leukemia jika termakan berlebihan. “Penggunaan bahan kimia ini ke atas ikan masih tiada keseragaman dari aspek kajian dan pengawasan. Dengan biosensor ini, kita dapat mengetahui penyalahgunaan bahan kimia ini yang disalahguna oleh pengusaha jualan ikan,” katanya pada sidang media Produk Baharu UPM anjuran Pusat Pengurusan Penyelidikan Universiti (RMC) dan Bahagian Komunikasi Korporat (BKK) di sini. Beliau berkata alat pengesan yang mengambil masa 10 minit berbanding kaedah konvensional selama satu hari itu boleh digunakan di lokasi pendaratan, pengangkutan atau penjualan runcit ikan. Dr. Fatimah berkata penyelidikan yang dijalankan sejak tahun 2007 hingga tahun ini telah difailkan untuk paten dengan dibiayai oleh Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Beliau dibantu oleh penyelidik Prof. Dato’ Dr. Abu Bakar Salleh, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPM; Prof. Madya Dr. Nor Azah Yusof (UPM), Nur Indang Marzuki (UPM) dan Prof. Dr. Lee Yoke Heng (UKM). “Harga peralatan ini bergantung kepada pengilang yang mengeluarkannya tetapi purata harga satu kit biosensor ialah RM50 dan boleh digunakan selama 60 kali,” katanya yang berharap produknya akan menarik minat mana-mana syarikat untuk mengkomersialkannya. Formaldehid adalah bahan yang banyak digunakan dalam sektor perkilangan seperti pembuatan kertas, papan nipis dan untuk tujuan pengawetan tisu spesimen di hospital. Selain penggunaannya boleh membuatkan ikan-ikan di pasar nampak segar dan tahan lama.


Download File

[img]
Preview
PDF
UPM_Cipta_Alat_Kesan_Bahan_Awet_Mayat_Pada_Ikan.pdf

Download (75kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Depositing User: Muizzudin Kaspol
Date Deposited: 07 Sep 2010 12:32
Last Modified: 27 May 2013 15:36
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/7792
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item