UPM Institutional Repository

Program Ziarah Ramadan Bantu Pelajar UPM


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2010) Program Ziarah Ramadan Bantu Pelajar UPM. [UPM News]

Abstract

SERDANG, 1 September – Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan program Ziarah Amal Ramadan bagi membantu pelajar-pelajar fakir UPM menyambut Hari Raya Aidilfitri. Seramai 17 orang pelajar UPM daripada keluarga fakir miskin dan daif diberi bantuan zakat RM1,000 berserta barangan dapur bernilai RM200. Program bertujuan membantu pelajar dan keluarga mereka untuk membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan lebih sempurna. Program tahunan kali ketiga itu memulakan penyerahan bantuan kepada tiga pelajar dari Sabah dan Sarawak yang tidak pulang berhari raya kerana kesempitan wang. Baki serahan kepada 14 pelajar lagi akan dihantar oleh wakil BHEP kepada rumah pelajar terbabit di kampung masing-masing. Pelajar Bacelor Pendidikan Sains Rumah tangga, B.B Atika Yusof dari Tawau, Sabah berkata sumbangan itu adalah kali pertama yang diterimanya. “Saya bersyukur kerana UPM mengambil berat terhadap kami yang susah,” katanya yang berasal dari Tawau, Sabah. Pelajar Bacelor Pendidikan Moral dari Kota Belud Sabah, Ramadhan Muntaha pula berkata beliau bersyukur kerana terpilih daripada ramai pelajar yang memohon bantuan. “Saya berharap sumbangan ini boleh membantu bapa saya yang berpendapatan sebanyak RM150 sebulan sebagai petani,” katanya lagi.


Download File

[img]
Preview
PDF
Program_Ziarah_Ramadan_Bantu_Pelajar_UPM.pdf

Download (103kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Depositing User: Muizzudin Kaspol
Date Deposited: 02 Sep 2010 00:23
Last Modified: 27 May 2013 07:36
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/7770
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item