UPM Institutional Repository

Pembentukan kepakaran melalui pendidikan profesional lanjutan dalam kalangan pakar perubatan di Malaysia


Citation

Tukiman, Nur Fariza (2018) Pembentukan kepakaran melalui pendidikan profesional lanjutan dalam kalangan pakar perubatan di Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Bidang perubatan merupakan satu bidang profesional yang amat penting kepada masyarakat dan negara, dan ia mempunyai peranan secara langsung dalam peningkatan taraf hidup rakyat. Faktor seperti keperluan mendadak untuk kepakaran tertentu, lambakan lepasan ijazah kedoktoran serta perubahan dalam bidang perubatan seperti wujudnya penyakit baharu dan penemuan teknologi perubatan yang baharu memerlukan seseorang profesional bidang perubatan bukan sahaja meningkatkan kebolehan dan ilmu mereka hingga menjadi seseorang yang pakar, tetapi satu proses pembelajaran berterusan harus berlaku untuk terus meningkatkan kepakarannya. Kajian ini berkenaan dengan pembentukan kepakaran seseorang doktor perubatan di Malaysia bermula daripada tahap novis hingga ke tahap pakar. Kaedah-kaedah pendidikan profesional lanjutan formal dan tidak formal dalam pembentukan kepakaran doktor perubatan dikaji untuk melihat sumbangan terhadap pembentukan kepakaran tersebut. Objektif kajian ini adalah menjelaskan makna kepakaran dalam bidang perubatan, menerangkan proses pembentukan kepakaran dalam bidang perubatan dan menerangkan sumbangan pendidikan profesional lanjutan kepada pembentukan kepakaran tersebut. Soroton literatur membincangkan pelbagai teori proses pembelajaran terutama untuk orang dewasa. Selain itu definasi profesional dan ciri-cirinya diteliti dan hubung kait antara proses pembelajaran dalam pembentukan kepakaran dalam sesuatu profesional diperbincangkan dengan lebih lanjut. Kajian yang dijalankan ini menggunakan pendekatan kualitatif bersifat fenomenologi untuk memahami makna dan proses pembentukan kepakaran seseorang pakar perubatan melalui Pendidikan Profesional Lanjutan (PPL). Seramai dua belas orang responden terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada doktor pakar perubatan di Malaysia bagi memahami dan mendalami proses pembelajaran dalam pembentukan kepakaran yang telah mereka alami sepanjang kerjaya mereka. Pengumpulan data dilakukan menerusi temu bual mendalam. Seterusnya, data tersebut dianalisis melalui proses pengekodan, pembentukan kategori dan penghasilan tema bagi menjawab persoalan kajian. Dapatan kajian yang pertama mendapati terdapat tiga makna kepakaran iaitu pengiktirafan, cara pelaksanaan kerja dan kerjaya seseorang itu sendiri sebagai doktor pakar. Dapatan kajian yang kedua pula mendapati proses pembentukan kepakaran seorang doktor perubatan berlaku dalam proses pembelajaran yang berterusan dan merangkumi pelbagai sesi pembelajaran formal dan informal termasuk kerjasama penyelidikan dan berkongsi kepakaran dengan pakar dari luar negara, mengikuti kursus dan latihan anjuran badan profesional, serta penglibatan dalam aktiviti pementoran yang bukan sahaja memberi kebaikan kepada doktor yang diberi pementoran, tetapi juga doktor yang menjadi mentor. Dapatan kajian ketiga pula mendapati pendidikan profesional lanjutan mempunyai sumbangan yang besar dalam pembentukan kepakaran dalam bidang perubatan. Tiga sumbangan utama adalah untuk memperkukuhkan maklumat terkini dan maklumat sedia ada, memperkukuhkan perkhidmatan profesion kedoktoran serta memastikan kelestarian bidang perubatan. Terdapat tiga implikasi daripada kajian ini iaitu implikasi kepada bidang PPL, implikasi kepada pembinaan teori serta implikasi kepada pembentukan kepakaran dalam bidang profesion. Seterusnya, beberapa cadangan penambahbaikan telah diberikan berdasarkan implikasi yang dikenalpasti. Pertamanya untuk agensi dan badan yang berkaitan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia, Majlis Perubatan Malaysia, serta penyedia perkhidmatan dan latihan untuk meningkatkan peranan masing-masing untuk meningkatkan pembentukan kepakaran doktor pakar melalui penambahbaikan program, aktiviti formal dan informal, serta kandungan latihan dan perkhidmatan berdasarkan dapatan daripada kajian ini. Bagi doktor pakar pula, pemahaman mengenai proses pembentukan kepakaran termasuk rujukan kepada model Pembentukan Doktor Pakar (PDP) membolehkan mereka merancang strategi yang terbaik dalaam usaha mereka untuk membentuk kepakaran mereka sendiri. Adalah diharapkan agar hasil kajian ini dapat meningkatkan industri perubatan negara dengan mempercepatkan dan meningkatkan kemampuan proses pembentukan kepakaran doktor perubatan melalui pemahaman dapatan kajian dan melaksanakan cadangan penambahbaikan kepada proses PPL. Di masa hadapan, kajian dalam bidang ini boleh didalami lagi, antaranya dalam konteks perbandingan proses pembentukan kepakaran doktor perubatan dengan negara-negara luar terutamanya dengan negara yang mempunyai industri perubatan yang baik.


Download File

[img] Text
FPP 2018 45 ir.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Medical education
Subject: Medicine - Professional education
Call Number: FPP 2018 45
Chairman Supervisor: Profesor Madya Norhasni Zainal Abiddin, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Mas Norain Hashim
Date Deposited: 07 May 2020 02:44
Last Modified: 25 Jan 2022 04:05
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/77672
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item