UPM Institutional Repository

Keselarasan kerjaya, motivasi dan kepuasan kerja dalam kalangan pekerja persekitaran maskulin dan feminin


Citation

Patola, Ami (2018) Keselarasan kerjaya, motivasi dan kepuasan kerja dalam kalangan pekerja persekitaran maskulin dan feminin. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keselarasan personaliti-persekitaran dan hubungannya dengan motivasi dan kepuasan kerja dalam kalangan pekerja persekitaran maskulin dan feminin berasaskan teori Holland. Pekerjaan sebagai Pegawai Polis dipilih sebagai mewakili pekerja persekitaran maskulin dan pekerjaan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan mewakili pekerja persekitaran feminin. Reka bentuk kajian ini merupakan gabungan kajian deskriptif dan kajian berbentuk kolerasi. Kajian ini menggunakan tiga alat ukuran iaitu, Vocational Preference Inventory (VPI) oleh John Lewis Holland (1973, 1985 dan 1996), A Questionnaire Measure Of Individual Differences Tendency (QMAT) oleh Atkinson (1964), Mehrabian Albert dan Bank Lewis (1978) dan Job Descriptive Index (JDI) dibina oleh Cornell (1950). Sampel kajian terdiri daripada 132 orang Pegawai Polis dan 121 orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang bertugas di Daerah Sepang yang dipilih menggunakan persampelan rawak mudah berkelompok. Keputusan kajian mendapati kod tiga mata Holland yang memperolehi skor min tertinggi bagi kerjaya Pegawai Polis ialah Realistik, kemudian Enterprising dan Sosial (R-E-S). Bagi kerjaya Pegawai Perkhidmatan Pendidikan pula, kod tiga mata Holland yang mendapat skor min tertinggi ialah Sosial, diikuti oleh Investigative dan Realistik (S-I-R). Kedua terdapat keselarasan personaliti-persekitaran dalam kalangan Pegawai Polis sahaja. Seterusnya tiada hubungan antara keselarasan kerjaya, motivasi dengan kepuasan kerja dalam kalangan Pegawai Polis dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan. Wujud hubungan yang signifikan antara keselarasan kerjaya dengan motivasi dalam kalangan Pegawai Polis sahaja dan mendapati keselarasan kerjaya dan gaji memberi sumbangan yang signifikan terhadap kepuasan kerja Pegawai Polis dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan. Pengkaji ingin mencadangkan agar semasa pengambilan pekerja aspek personaliti dan minat kerjaya bakal Pegawai Polis dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan perlu dilaksanakan. Selain itu, elemen pengukuran berkenaan ciri maskulin-feminin, penggunaan reka bentuk kajian kualitatif perlu diambil kira dalam pengambilan pekerja agar data yang lebih mendalam dan khusus untuk mengukur aspek-aspek yang mempengaruhi kepuasan kerja individu.


Download File

[img] Text
FPP 2018 38 ir.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Job satisfaction
Subject: Diversity in the workplace
Call Number: FPP 2018 38
Chairman Supervisor: Profesor Haji. Sidek Mohd Noah, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Mas Norain Hashim
Date Deposited: 07 May 2020 02:46
Last Modified: 25 Jan 2022 04:12
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/77668
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item