Simple Search:

Teater amal Delaila - Pentas kutip RM4 ribu untuk warga Palestin


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2010) Teater amal Delaila - Pentas kutip RM4 ribu untuk warga Palestin. [UPM News]

Abstract / Synopsis

SERDANG, 2 November - Kelab Penggiat Teater Sejagat (Pentas) Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya mengutip RM4000 menerusi pementasan teater amal Delaila untuk disumbangkan kepada warga Palestin baru-baru ini. Sumbangan diserahkan Naib Canselor UPM, Prof Tan Sri Datuk Dr Nik Mustapha R Abdullah kepada Pengarah Komunikasi Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, Suhana Mohamed Salleh. Pementasan selama tiga hari itu turut mendapat kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM dan sekretariat Mahasiswa Satu Malaysia. Pengarahnya, Khairul Amin Mirsa Hussain,24, berkata idea untuk mementaskan teater berkenaan timbul setelah mendapati naskah berkenaan sesuai untuk dipentaskan bagi menghayati perjuangan rakyat Palestin membebaskan negara mereka daripada cengkaman Israel. “Selain daripada beramal, pementasan itu juga bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pelajar UPM mengenai kesengsaraan rakyat Palestin yang ditindas Israel. “Sambutan yang diberikan oleh pelajar UPM juga sangat menggalakkan apabila panggung penuh dengan penonton selama tiga hari pementasan ini diadakan walaupun dikenakan bayaran sebanyak RM5,” katanya.


Download File

[img]
Preview
PDF
Teater_amal_Delaila.pdf

Download (71kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Depositing User: Mardhiah Mat Jusoh
Date Deposited: 01 Sep 2010 06:29
Last Modified: 27 May 2013 07:36
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/7759
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item