Simple Search:

Sultan Selangor Sampai Sumbangan Kepada 190 Pelajar


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2010) Sultan Selangor Sampai Sumbangan Kepada 190 Pelajar. [UPM News]

Abstract / Synopsis

SERDANG, 25 Ogos – D.Y.M.M. Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 190 pelajar yatim, golongan miskin dan saudara baru. Penerima sumbangan terdiri daripada 190 pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Serdang, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Indah, Sekolah Kebangsaan Sri Serdang, Sekolah Kebangsaan Serdang, Rumah Anak Yatim Nur Hikmah dan Universiti Putra Malaysia (UPM). Baginda selaku Canselor UPM menyampaikan sumbangan itu sempena Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih bersama warga UPM di Masjid UPM. Baginda yang diiringi anakandanya, D.Y.T.M. Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib dan Tarawih berjemaah bersama 3,000 komuniti UPM dan penduduk setempat. Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Naib Canselor UPM Prof. Tan Sri Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah, Pengerusi Lembaga Pengarah UPM, Prof. Emeritus Tan Sri Dr Syed Jalaluddin Syed Salim, Pro Canselor UPM, Tan Sri Dato’ Dr. Nayan Arifin dan Tan Sri Dato’ Rozali Ismail.


Download File

[img]
Preview
PDF
Sultan_Selangor_Sampai_Sumbangan_Kepada_190_Pelajar.pdf

Download (148kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Depositing User: Muizzudin Kaspol
Date Deposited: 30 Aug 2010 09:18
Last Modified: 27 May 2013 15:36
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/7755
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item