UPM Institutional Repository

Pelajar Antarabangsa UPM Pamer Keunikan Budaya


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2010) Pelajar Antarabangsa UPM Pamer Keunikan Budaya. [UPM News]

Abstract

SERDANG, 10 Disember– Seramai 1,500 pengunjung International Cultural Show and Family Interaction Night Universiti Putra Malaysia (UPM) terhibur melihat keunikan persembahan kebudayaan oleh pelajar-pelajar antarabangsa UPM. Majlis anjuran International Students Association (UPMISA) dengan kerjasama Pusat Antarabangsa UPM itu disajikan dengan lapan persembahan pelajar dari Yemen, Indonesia, Iraq, Pakistan, Saudi Arabia, Vietnam, Iran dan Malaysia. Presiden UPMISA, Hafeez Babar berkata program itu menggalakkan aktiviti interaksi kebudayaan di dalam UPM dan mengeratkan hubungan pelajar tempatan dan antarabangsa. “Majlis bertemakan ‘Unity in Diversity’ ini juga bertujuan merapatkan silaturrahim pelajar antarabangsa dan keluarga masing-masing,” katanya. Majlis yang dihadiri Naib Canselor UPM, Prof. Tan Sri Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPM, Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris, Duta Besar dari Pakistan, Iraq dan Iran itu turut dimeriahkan dengan persembahan tarian dan lagu irama tradisional Melayu. “Malam persembahan kebudayaan ini merupakan aktiviti tahunan di mana kami akan menunjukkan persembahan yang terbaik untuk menaikkan nama UPM di mata dunia pada setiap tahun,” kata pelajar daripada Pakistan ini. Majlis dihadiri Naib Canselor UPM, Prof. Tan Sri Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPM, Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris, Duta daripada negara Pakistan, Iraq dan juga Iran itu turut dimeriahkan dengan persembahan dari tarian dan lagu irama traditional Melayu. Kemuncak majlis yang diadakan di Dewan Besar UPM itu ialah upacara perkahwinan tradisi masyarakat Iraq yang dilakonkan oleh pengantin perempuan Fatheen Nabila Ghazali, finalis Gadis Melayu yang juga pelajar UPM.


Download File

[img]
Preview
PDF
Pelajar_Antarabangsa_UPM.pdf

Download (159kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Depositing User: Mohd Zulkifly Othman
Date Deposited: 15 Dec 2010 08:01
Last Modified: 27 May 2013 07:36
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/7733
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item