UPM Institutional Repository

Persepsi pekerja bengkel terhadap kepentingan etika dan tanggungjawab sosial


Citation

Shahuddin, Muhamat Yawasi and Abu Bakar, Elistina and Osman, Syuhaily (2012) Persepsi pekerja bengkel terhadap kepentingan etika dan tanggungjawab sosial. In: Seminar Kebangsaan MACFEA ke 16 'Kelestarian dan Kualiti Hidup', 10-11 Jul. 2012, Palm Garden Hotel Putrajaya, Malaysia. (pp. 256-264).

Abstract

Industri pembaikan kenderaan bermotor dilihat sebagai industri yang mampu memberi impak yang besar sama ada kepada masyarakat mahupun ekonomi negara. Kualiti perkhidmatan bengkel yang disediakan terhadap kenderaan pengguna sedikit sebanyak mampu mempengaruhi kondisi kenderaan dan mempengaruhi keselamatan pengguna semasa memandu. Kajian ini bertujuan mengenal pasti persepsi pekerja bengkel terhadap kepentingan etika dan tanggungjawab sosial dalam menyediakan perkhidmatan pembaikan kepada pengguna. Seramai 300 orang pekerja bengkel di Lembah Klang dipilih secara rawak mudah daripada senarai Persatuan Persekutuan Pemilik Bengkel Malaysia. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa responden mempunyai persepsi bahawa kepentingan etika hanya untuk mencapai keuntungan organisasi tetapi tidak bagi memenuhi tanggungjawab mereka terhadap komuniti. Hasil kajian ini juga menunjukkan persepsi ini merupakan faktor peramal yang kuat dalam mempengaruhi amalan kawal selia kendiri pekerja bengkel dalam menyediakan perkhidmatan kepada pengguna. Implikasi kajian adalah penting kepada kerajaan, peniaga dan industri pembaikan kenderaan bermotor bagi meningkatkan kawal selia kendiri dan meningkatkan kesedaran berkaitan kepentingan etika dan tanggungjawab sosial dalam kalangan pekerja bengkel.


Download File

[img] Text
MACFEA16-11.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (177kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Human Ecology
Publisher: Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia (MACFEA)
Keywords: Ethics; Consumer protection; Repair services
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 05 Feb 2020 09:05
Last Modified: 05 Feb 2020 09:05
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/76765
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item