UPM Institutional Repository

Kepiawaian pemimpin dalam Thamarat al-Muhimmah: tela'ah pemikiran Raja Ali Haji


Citation

Yusof, Azman and Ahmad, Zahid and Abdul Rashid, Shafiah (2013) Kepiawaian pemimpin dalam Thamarat al-Muhimmah: tela'ah pemikiran Raja Ali Haji. In: Seminar Antarabangsa Ke-2 Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu, 26-27 Nov. 2013, Bilik Senat & Bilik Majlis, Universiti Kebangsaan Malaysia. (pp. 637-647).

Abstract

Kepiawaian pemimpin dalam Thamarat al-Muhimmah adalah refleks daripada paradigm pemikiran falsafah politik Raja Ali Haji kepada kualiti kepimpinan negara itu sendiri yang terdiri daripada raja dan para pembesar. Kepada beliau; aman, maju atau mundurnya sesebuah negara bergantung kepada kualiti kepimpinan tokoh-tokoh utama negara tersebut. Inilah yang beliau bicarakan dengan panjang lebar pada bab yang ketiga dalam kitab Thamarat al-Muhimmah Diyafah li al-Umara’i wa al-kubara’i li Ahl al-Mahkamah atau ringkasnya Thamarat al-Muhimmah. Tulisan ini akan menelaah, menilai dan menghurai pemikiran Raja Ali Haji tentang kepiawaiannya terhadap kepemimpinan negara berdasarkan karyanya Thamarat al-Muhimmah.


Download File

[img] Text
Seminar Antarabangsa Ke-2 Arkeologi-1.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (361kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Human Ecology
Publisher: Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Thamarat al-Muhimmah; Raja Ali Haji; Philosophy
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 05 Feb 2020 09:00
Last Modified: 05 Feb 2020 09:00
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/76736
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item