UPM Institutional Repository

Kesan penggunaan video pembelajaran terhadap pencapaian murid Sains Rumah Tangga bagi topik pencernaan dan penyerapan makanan


Citation

Jas, Siti Rafidah and Jamaluddin, Rahimah and Abdullah, Arnida (2019) Kesan penggunaan video pembelajaran terhadap pencapaian murid Sains Rumah Tangga bagi topik pencernaan dan penyerapan makanan. In: Graduate Research in Education Seminar (GREduc 2019), 13 Dec. 2019, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 376-382).

Abstract

Video pembelajaran merupakan salah satu media pembelajaran berbantukan teknologi dalam Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21). PAK21 dilihat banyak memberi impak positif terhadap penguasaaan murid dalam memahami sesuatu topik pembelajaran. Berdasarkan tinjauan awal yang dibuat, didapati topik pencernaan dan penyerapan makanan merupakan topik yang paling sukar dikuasai oleh murid Sains Rumah Tangga (SnRT). Oleh yang demikian strategi pengajaran berasaskan video telah dibangunkan. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menguji keberkesanan penggunaan video pembelajaran terhadap pencapaian murid dalam mata pelajaran SnRT. Kajian ini melibatkan seramai 60 orang murid Tingkatan Empat dari dua buah sekolah di Seremban, Negeri Sembilan. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan eksperimen dengan kaedah video pembelajaran (n=30) dan kumpulan kawalan dengan kaedah pembelajaran konvensional (n=30). Pemilihan responden kajian adalah berdasarkan teknik persampelan bertujuan. Teknik ini dipilih kerana bilangan responden yang terlibat dalam kajian memenuhi syarat kajian kuasi-eksperimen. Sebanyak lapan sesi pembelajaran dijalankan bagi topik pencernaan dan penyerapan makanan. Hasil ujian pra menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor pencapaian murid bagi kedua-dua kumpulan. Kedua-dua kumpulan memperolehi skor pencapaian yang hampir sama iaitu min skor 38.93 (SP:8.24) bagi kumpulan eksperimen dan 42.60 (SP:9.16) bagi kumpulan kawalan. Dapatan ujian pasca pula menunjukkan min skor pencapaian murid kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan berbeza iaitu 70.27 (SP:9.76) dan 58.63 (SP:9.51). Keputusan kajian menunjukkan murid yang didedahkan kepada penggunaan video pembelajaran mendapat min skor yang lebih tinggi secara signifikan dalam ujian pasca berbanding murid yang mengikuti pembelajaran konvensional dengan nilai t (58) = 4.675, p < .01. Perbezaan ini membuktikan bahawa penggunaan video dalam pembelajaran mampu meningkatkan pencapaian murid dalam memahami sesuatu konsep pembelajaran dengan lebih mudah. Adalah diharap penggunaan video pendidikan dapat diperluaskan penggunaannya dalam sesi Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) bagi meningkatkan tahap pemahaman dan pencapaian murid.


Download File

[img] Text
GREDUC2019-36.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (197kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
Keywords: Quasi-experiment; Food digestion and absorption; Video; Achievement; Home science
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 05 Feb 2020 08:59
Last Modified: 05 Feb 2020 08:59
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/76714
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item