UPM Institutional Repository

Kesediaan guru Reka Bentuk dan Teknologi dari aspek pengetahuan menaakul dan kemahiran Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS): satu tinjauan deskriptif


Citation

Endot, Zaleha and Jamaluddin, Rahimah and Mohd Ayub, Ahmad Fauzi (2019) Kesediaan guru Reka Bentuk dan Teknologi dari aspek pengetahuan menaakul dan kemahiran Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS): satu tinjauan deskriptif. In: Graduate Research in Education Seminar (GREduc 2019), 13 Dec. 2019, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 369-375).

Abstract

Kesediaan guru merupakan satu komponen penting dalam sesuatu perubahan. Kesediaan menghadapi perubahan pula perlu diukur dari pandangan individu yang melaksanakan perubahan tersebut. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bertujuan mengenal pasti kesediaan guru melaksanakan pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) tahun empat Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dari segi pengetahuan menaakul dan kemahiran Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Kajian kuantitatif tinjauan deskriptif ini melibatkan 368 orang guru mata pelajaran RBT tahun empat KSSR di Semenanjung Malaysia. Persampelan rawak berstrata (stratified sampling) bernisbah dan rawak mudah (random sampling) digunakan bagi memilih sampel kajian ini. Instrumen kajian terdiri daripada satu set soal selidik mengandungi 21 item untuk mengukur pengetahuan menaakul dan kemahiran PBS. Kajian rintis telah dijalankan dengan nilai Alpha Cronbach 0.95. Data kajian telah dianalisis menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 20. Dapatan kajian menunjukkan min keseluruhan bagi aspek pengetahuan menaakul adalah 3.81(SP= .47). Ini memberi gambaran bahawa responden mempunyai pengetahuan menaakul yang sederhana tinggi. Manakala nilai min keseluruhan dari aspek kemahiran PBS pula adalah 3.91(SP= .48). Nilai ini juga menunjukkan bahawa responden mempunyai kemahiran PBS yang sederhana tinggi. Hasil kajian juga menunjukkan kesediaan guru dari aspek kemahiran PBS lebih tinggi berbanding pengetahuan menaakul. Ini memberi gambaran guru lebih bersedia dari segi kemahiran PBS dalam melaksanakan pengajaran RBT KSSR. Oleh itu, kajian ini diharap dapat memberi panduan kepada penggubal dasar dan perancang kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) supaya memberi perhatian dari aspek kesediaan guru apabila memperkenalkan mata pelajaran baharu.


Download File

[img] Text
GREDUC2019-35.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (196kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
Keywords: Curriculum changes; Teachers' readiness; Design and Technology (RBT)
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 05 Feb 2020 08:59
Last Modified: 05 Feb 2020 08:59
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/76712
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item