UPM Institutional Repository

Hubungan di antara konsep kendiri dengan kemahiran kebolehkerjaan dalam kalangan pelajar program kejuruteraan kolej vokasional di Selangor


Citation

Bakry, Nurul Shazwani and Mohd Puad, Mohd Hazwan (2019) Hubungan di antara konsep kendiri dengan kemahiran kebolehkerjaan dalam kalangan pelajar program kejuruteraan kolej vokasional di Selangor. In: Graduate Research in Education Seminar (GREduc 2019), 13 Dec. 2019, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 360-368).

Abstract

Kemahiran kebolehkerjaan merupakan elemen penting kepada pelajar untuk menjadikan mereka berketerampilan dan boleh melaksanakan pelbagai pekerjaan. Ini adalah faktor penting yang membolehkan mereka ditempatkan dalam pasaran industri pekerjaan. Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti hubungan di antara konsep kendiri dan kemahiran kebolehkerjaan dalam kalangan pelajar kejuruteraan. Populasi kajian melibatkan pelajar-pelajar daripada 6 Kolej Vokasional di Selangor. Sampel Kajian telah dipilih di kalangan pelajar diploma kolej vokasional (DVM) tahun 1 dan tahun 2. Sampel kajian adalah seramai 303 orang. Sampel yang dipilih adalah pensampelan secara rawak berkadaran. Reka bentuk kajian ini merupakan kajian korelasi kerana ingin melihat hubungan di antara konsep kendiri dengan kemahiran kebolehkerjaan. Kajian ini berbentuk deskriptif dan dengan menggunakan instrumen konsep kendiri dan kemahiran kebolehkerjaan skala lima. Nilai pekali Alpha Cronbach untuk konstruk konsep kendiri adalah α = 0.816 manakala konstruk bagi kemahiran kebolehkerjaan ialah α = 0.822. Didapati terdapat hubungan yang positif di antara konsep kendiri dengan kemahiran kebolehkerjaan dalam kalangan pelajar kejuruteraan Kolej Vokasional. Semakin tinggi konsep kendiri pelajar semakin meningkat kemahiran kebolehkerjaan pelajar. Pentingnya kemahiran kebolehkerjaan dapat di tingkatkan agar pelajar boleh menepatkan diri dalam pasaran pekerjaan mengikut keperluan masa kini. Disamping kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengenal pasti tahap konsep kendiri pelajar kolej Vokasional di Selangor.


Download File

[img] Text
GREDUC2019-34.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (237kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
Keywords: Self-efficacy; Employability skills; Vocational college
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 05 Feb 2020 08:59
Last Modified: 05 Feb 2020 08:59
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/76711
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item