UPM Institutional Repository

Penggunaan kit instrumentasi virtual berasaskan komputer dalam pembelajaran dan pengajaran untuk meningkatkan persepsi pelajar terhadap sains dan teknologi maklumat dan komunikasi


Citation

Md Hashim, Umi Zuraifah and Mohd Puad, Mohd Hazwan and Mohd Ayub, Ahmad Fauzi (2019) Penggunaan kit instrumentasi virtual berasaskan komputer dalam pembelajaran dan pengajaran untuk meningkatkan persepsi pelajar terhadap sains dan teknologi maklumat dan komunikasi. In: Graduate Research in Education Seminar (GREduc 2019), 13 Dec. 2019, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 288-297).

Abstract

Kajian yang dijalankan adalah untuk membangunkan sebuah bahan bantu mengajar yang dinamakan Kit Instrumentasi Virtual Berasaskan Komputer bagi membantu proses pembelajaran dan pengajaran pengukuran dalam bidang sains. Berkaitan pembangunan ini, persepsi pelajar terhadap pembelajaran sains dan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pembelajaran dan pengajaran ditentukan sebelum penggunaan kit tersebut. Kajian ini juga bertujuan untuk meneroka sama ada aktiviti yang dijalankan menggunakan kit ini berjaya menarik minat pelajar terhadap sains serta dapat membantu pelajar memahami konsep pengukuran dalam sains. Selain itu, kit yang dibangunkan ini juga berpeluang untuk meneliti persepsi pelajar terhadap penggunaan kit ini. Kajian melibatkan 46 subjek Tingkatan 2 daripada sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur. Terdapat dua soal selidik yang dibangunkan dalam kajian ini, iaitu Soal Selidik 1 dan Soal Selidik 2, yang ditadbir sebelum dan selepas penggunaan Kit tersebut. Analisis data Soal Selidik 1 menunjukkan majoriti responden meminati subjek sains (min purata 4.0) dan majoriti responden juga bersetuju bahawa penggunaan TMK akan menarik minat mereka dalam mempelajari subjek sains (min purata 4.1). Analisis data Soal Selidik 2 pula menunjukkan tiga dapatan utama kajian Pertama, pelajar berpendapat penggunaan Kit yang dibangunkan ini menambah minat mereka untuk mempelajari sains (min purata 4.0). Kedua, lebih daripada separuh pelajar bersetuju bahawa mereka memahami konsep pengukuran daripada aktiviti yang dijalankan dengan Kit ini walaupun ia adalah sesuatu yang baru untuk mereka (min purata 3.9). Ketiga, majoriti pelajar mempersetujui bahawa aktiviti dengan Kit yang dibangunkan ini sesuai dijalankan dalam pembelajaran dan pengajaran (min purata 3.8). Implikasi dapatan kajian dan cadangan kajian lanjutan juga dibincangkan.


Download File

[img] Text
GREDUC2019-28.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (255kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
Keywords: STEM; IR 4.0; Information and communications technology; Science
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 05 Feb 2020 08:58
Last Modified: 05 Feb 2020 08:58
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/76703
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item