UPM Institutional Repository

Impak penyalahgunaan dadah: kajian sistematik literatur


Citation

Azumi, Nuur Aireen and Hassan, Siti Aishah (2019) Impak penyalahgunaan dadah: kajian sistematik literatur. In: Graduate Research in Education Seminar (GREduc 2019), 13 Dec. 2019, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 147-161).

Abstract

Kajian literatur ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti pemasalahan yang diakibatkan oleh penyalahgunaan dadah tanpa yang meliputi pelbagai jenis. Mangsa kepada kesan-kesan negatif ini ialah seawal umur janin sehingga kepada warga emas. Golongan remaja khususnya menggunakan platform awal seperti merokok sebelum mula berjinak-jinak dengan ganja, syabu dan heroin. Bagi mereka, permulaan merokok tidak memberi kesan yang besar kepada masa hadapan tanpa menyedari yang ketagihan nikotin menjadi punca mereka tidak mampu meninggalkan rokok dan terus ingin mencuba perbuatan yang lebih ekstrem seperti menggunakan dadah sintetik. Mereka memilih menggunakan dadah-dadah sintetik ini kerana pengaruh rakan sebaya, tekanan hidup, bekerja sebagai pekerja khidmat seks dan menjadi mangsa pemerdagangan orang. Metodologi yang digunakan untuk kajian ini ialah menganalisa Model Prisma dengan melakukan saringan kata kunci, melalui tahun dan subjek bidang. Cabaran-cabaran yang dihadapi sepanjang kajian dilakukan ialah kurangnya jumlah jurnal kuantitatif yang diperlukan, dapat disediakan termasuk istilah-istilah perubatan serta hasil kajian mereka yang agak sukar untuk difahami. Walaupun begitu, usaha yang berterusan telah membuahkan hasil serta carian rekod melalui kaedah tinjauan sistematik ini telah berjaya dilakukan. Kesimpulannya, Impak Penyalahgunaan Dadah banyak memberi kesan negatif kepada masyarakat dan kajian ini boleh digunakan untuk membina modul sama ada untuk menjalankan program-program pemulihan ataupun kaunseling kelompok dengan menggunakan kefahaman multikultur agar aktiviti yang dijalankan adalah harmoni dan memenuhi kehendak kelompak ini.


Download File

[img] Text
GREDUC2019-15.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (474kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
Keywords: Impact; Drug abuse
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 05 Feb 2020 04:27
Last Modified: 05 Feb 2020 04:27
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/76687
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item