UPM Institutional Repository

Kerangka kerja bilik darjah pintar berasaskan internet of things bagi Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di sekolah menengah


Citation

Shahlan, Hardiyanna (2019) Kerangka kerja bilik darjah pintar berasaskan internet of things bagi Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di sekolah menengah. In: Graduate Research in Education Seminar (GREduc 2019), 13 Dec. 2019, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 138-145).

Abstract

Bilik darjah pintar berasaskan Internet of Things (IoT) merupakan sebuah tempat pengajaran dan pembelajaran yang disokong oleh penggunaan peranti yang menghubungkan penggunaan mesin kepada mesin dan juga manusia kepada mesin. Kerangka kerja bilik darjah pintar ini akan dibina dengan merujuk kerangka kerja kelas pintar dan sekolah pintar sedia ada bagi mengenalpasti keperluan peranti yang sesuai digunakan bagi bilik darjah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Hasil dapatan kajian diperolehi daripada kaedah kualitatif secara temubual kepada guru-guru PPKI di sekolah menengah dan pakar bagi bidang PPKI serta pembangun peranti IoT. Disamping itu, kaedah pemerhatian di persekitaran bilik darjah juga turut dilakukan bagi mengumpul data yang diperlukan. Hal Ini berikutan masih terdapat pengurusan bilik darjah PPKI yang sedia ada kurang kondusif, kekurangan peralatan bahan bantu mengajar yang interaktif dan masalah pengurusan tingkah laku serta keselamatan kurang terkawal. Oleh itu, pembinaan kerangka kerja bilik darjah pintar ini dapat memartabatkan pendidikan Murid Berkeperluan Khas (MBK) kerana murid-murid ini sememangnya memerlukan peralatan yang sesuai bagi meningkatkan kefahaman dan menarik minat untuk belajar serta dapat mengurangkan bebanan dan tekanan guru di sekolah.


Download File

[img] Text
GREDUC2019-14.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (207kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
Keywords: Internet of things; Smart classroom; Special education
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 05 Feb 2020 04:27
Last Modified: 05 Feb 2020 04:27
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/76684
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item