UPM Institutional Repository

Pendidikan keusahawanan dan nilai-nilai keagamaan dalam kalangan usahawan bimbingan program 2Years Exit Programme yang berjaya di Negeri Sembilan


Citation

Megat Tajudin, Putri Noorafedah and Idris, Khairuddin and Abd Rahim, Nur Aira and Arshad, Mohd Mursyid (2019) Pendidikan keusahawanan dan nilai-nilai keagamaan dalam kalangan usahawan bimbingan program 2Years Exit Programme yang berjaya di Negeri Sembilan. In: Graduate Research in Education Seminar (GREduc 2019), 13 Dec. 2019, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 64-71).

Abstract

Pembasmian kemiskinan telah lama dibahaskan diperingkat global dan lokal. Kini, dengan Matlamat Pembangunan Mampan 2030, pembasmian kemiskinan melalui pendidikan inklusif dan peluang pembelajaran sepanjang hayat, antaranya menggariskan pendidikan keusahawanan menjadi salah satu usaha ke arah pembangunan mampan. Melalui proses pengalaman yang dilalui sebagai usahawan, pelbagai nilai-nilai hidup telah menjadi prinsip pegangan dan amalan. Sehubungan itu, penting untuk memahami nilai-nilai keagamaan yang memacu kejayaan usahawan. Bagi sebuah negara yang berbilang kaum, Malaysia mempunyai kepelbagaian agama dan budaya. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengetahui nilai-nilai keagamaan usahawan bimbingan di Malaysia sehingga berjaya mencapai pemerkasaan. Peserta yang dipilih secara Persampelan Bertujuan ini merupakan bekas peserta Program 2Years Exit Programme (2YEP) yang telah disenaraipendek oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia untuk kajian ini. Mereka menjalankan pelbagai jenis perniagaan kecil dan sederhana seperti Jenis perniagaan yang dijalankan adalah dari kategori runcit, kedai makan dan kedai jahitan, penjaja menjual ayam gunting dan pengeluar produk minyak wangi jenama sendiri. Peserta kajian merupakan peserta-peserta yang berjaya dengan cemerlang dari projek rintis Program 2YEP 2014. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah Kajian Kes Kualitatif dan melibatkan seramai lima orang peserta kajian iaitu usahawan-usahawan bimbingan Program 2Years Exit Programme (2YEP) yang berjaya di Negeri Sembilan. Melalui kaedah temu bual mendalam, pemerhatian tidak turut serta dan analisis dokumen, terdapat tiga tema yang ditemui iaitu Meletakkan matlamat berniaga kerana mencari keredaan Allah; Melaksanakan hak ke atas masyarakat; dan Keyakinan kepada kuasa Tuhan dalam menjalankan perniagaan. Hasil kajian ini boleh dijadikan asas cadangan kepada agensi yang mempunyai program usahawan bimbingan melalui wadah pembangunan komuniti untuk memantapkan nilai-nilai keagamaan usahawan bimbingan masing-masing. Oleh kerana peserta kajian ini terdiri daripada usahawan bimbingan beragama Islam, pengkaji mencadangkan agar kajian masa hadapan mengkaji nilai-nilai keagamaan usahawan bimbingan bukan beragama Islam yang telah berjaya dalam perniagaan masing-masing. Pengkaji juga berpendapat bahawa, oleh kerana kesemua peserta kajian ini terdiri daripada kaum Melayu, dengan ini penemuan kajian mungkin menjurus kepada nilai keagamaan. Ini juga menjadi limitasi kajian ini iaitu dengan hanya merujuk kepada ruang lingkup usahawan Melayu Muslim.


Download File

[img] Text
GREDUC2019-7.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (203kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Institute for Social Science Studies
Publisher: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
Keywords: Community development; Functional theory of values; Entrepreneurship education; Religious values; 2Years Exit Programme
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 05 Feb 2020 04:26
Last Modified: 05 Feb 2020 04:26
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/76662
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item