UPM Institutional Repository

Pelajar UPM Raih Tempat Ketiga Flextronics Eco-Challenge


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2010) Pelajar UPM Raih Tempat Ketiga Flextronics Eco-Challenge. [UPM News]

Abstract

KUALA LUMPUR, 24 November – Tiga pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) meraih tempat ketiga dalam pertandingan Flextronics Eco-Challenge 2010. Pasukan UPM yang terdiri daripada Gooi Siao Meng, Lim Chin Siang, Ngoh Ying Yuan dan Samson Joseph dibimbing oleh Dr. Nor Rasidah Hashim memenangi hadiah wang tunai USD2,000. Produk mereka iaitu ‘Four Season Christmas Three’ menggunakan tenaga solar untuk menjana mentol lampu tanpa penggunaan sumber elektrik. Pertandingan disertai oleh 24 pelajar (empat pelajar setiap kumpulan) yang terdiri daripada pasukan UPM A, UPM B, Universiti Sains Malaysia (USM) A dan B serta Universiti Teknologi Malaysia (UTM) A dan B bertujuan untuk mencungkil bakat inovasi pelajar menghasilkan produk elektronik yang mengurangkan pembebasan karbon dengan menggunakan bahan kitar semula. Pasukan UPM A dan B bergambar kenangan bersama penyelaras mereka. Pasukan USM A muncul juara dengan menggondol hadiah wang tunai USD5,000 dan naib juara pasukan USM B meraih USD3,000. Berita ditulis oleh Seksyen Media Bahagian Komunikasi Korporat (Mohd Faisal Md Noor 03-89467467), Gambar disumbangkan oleh Unit Foto BKK 03-89466199). Pasukan USM A muncul juara dengan menggondol hadiah wang tunai USD5,000 dan naib juara pasukan USM B meraih USD3,000.


Download File

[img]
Preview
PDF
Pelajar_UPM_Raih_Tempat_Ketiga.pdf

Download (86kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Depositing User: Najwani Amir Sariffudin
Date Deposited: 09 Aug 2010 08:24
Last Modified: 27 May 2013 07:36
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/7662
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item