UPM Institutional Repository

Kesedaran dan persepsi guru terhadap pembangunan sumber modal insan di Sarawak


Citation

Mohd Yusoff, Ahmad Nasir and Alwie, Aryaty and Buang, Fakhzan (2019) Kesedaran dan persepsi guru terhadap pembangunan sumber modal insan di Sarawak. In: International Conference on Social Sciences and Humanities 2019 (ICOSSH2019), 8-9 Oct. 2019, Parkcity Everly Hotel, Bintulu, Sarawak, Malaysia. (pp. 383-398).

Abstract

Pembangunan sumber manusia merupakan satu aspek penting untuk pembangunan pendidikan dalam sesebuah negara. Pengenalan konsep modal insan termaktub dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan bertepatan dengan keperluan kini. Modal insan yang diketengahkan adalah modal insan yang berkualiti yang menjadi teras utama RMK-9. Pembangunan modal insan yang akan dilaksanakan secara holistik merangkumi pemerolehan pengetahuan dan kemahiran atau modal intelek termasuk keupayaan keusahawanan dan pengetahuan Sains dan Teknologi (S&T) serta memiliki sikap, nilai, etika positif dan progresif melalui pendidikan, latihan dan pembelajaran sepanjang hayat.Pendidikan memainkan peranan penting dalam membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, keperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju untuk abad ke-21. Modal insan yang ingin dihasilkan adalah yang mampu berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta berkebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran yang lebih global dan sering berubah-ubah. Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia diberikan tugas yang berat sebagai pemimpin yang dapat menghasilkan modal insan berpotensi, mempunyai kemahiran yang fleksi dan pelbagai, memiliki ciri-ciri peribadi dan perspektif hidup yang membolehkan mereka berjaya dalam kehidupan dan mampu memajukan lagi Negara di mata dunia, selari dengan hasrat dan Falsafah Pendidikan Negara. Pembangunan modal insan ini amat penting dalam kehidupan masa kini.Pelbagai langkah harus dijalankan untuk menggalakkan pembangunan modal insan dalam diri generasi pada masa kini. Kajian ini ingin mengenalpasti kesedaran dan persepsi guru terhadap pembangunan sumber modal insan di Sarawak, keilmuan yang dimiiki para guru, persepsi guru terhadap isu-isu semasa, persepsi guru terhadap permasalahan pembelajaran pelajar dan cadangan penambahbaikan dalam proses pembelajaran di sekolah.


Download File

[img] Text
ICOSSH2019-15.pdf

Download (761kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Human Ecology
Faculty of Social Sciences and Management
Publisher: Faculty of Agriculture and Food Sciences, Universiti Putra Malaysia Bintulu Sarawak Campus
Keywords: Awareness; Teacher perception; Development; Human capital source; Sarawak
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 04 Feb 2020 08:42
Last Modified: 04 Feb 2020 08:42
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/76484
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item