Simple Search:

UPM Himpun 1,100 Ekor Anjing Pecah ‘Malaysia Book Of Record’


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2010) UPM Himpun 1,100 Ekor Anjing Pecah ‘Malaysia Book Of Record’. [UPM News]

Abstract / Synopsis

SERDANG, 8 Julai – Persatuan Mahasiswa Fakulti Perubatan Veterinar (VETERNAK) Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Persatuan Zoologico berjaya memecahkan rekod ‘Malaysia Book of Record’ (MBR) dalam menghimpunkan 1,100 ekor anjing di Malaysia. Rekod sempena program ‘Dogathon 2010’ di Bukit Ekspo, UPM itu mengatasi rekod tahun lalu sebanyak 611 ekor sahaja. Catatan rekod disaksikan oleh wakil MBR, Leona Paul dan Dekan Fakulti Perubatan Veterinar UPM, Prof. Madya Dr. Bashir Ahmad Fateh Mohamed. Timbalan Naib Canselor UPM (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris berkata program ‘Pro-Kasih’ itu adalah satu program yang membantu mengimbangi jumlah anjing jalanan yang ada di samping melindungi mereka dari terus dianiaya. “Oleh kerana mereka beranggapan anjing jalanan berbahaya, banyak yang ditembak, diracun dan diseksa. Oleh itu program ini boleh membantu melindungi haiwan tersebut supaya anak-anak anjing liar tidak menerima nasib yang sama,” katanya ketika merasmikan program itu. Dogathon mengumpulkan dana Fakulti Perubatan Veterinar untuk program pengkasian haiwan terbiar atau dikenali sebagai ‘Pro-Kasih’ bagi mengawal populasi anjing terbiar. Antara aktiviti menarik yang diadakan dalam program bertemakan ‘Ancient Egypt’ itu ialah ‘Race of the Anubis’, demonstrasi anjing peliharaan, cabutan bertuah, ‘The Mummification’ dan ‘Rise of Giza’.


Download File

[img]
Preview
PDF
UPM_Himpun_1100_Ekor_Anjing.pdf

Download (190kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Depositing User: Muizzudin Kaspol
Date Deposited: 12 Aug 2010 00:19
Last Modified: 27 May 2013 07:35
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/7636
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item