UPM Institutional Repository

UPM Menang 3 Emas dan 2 Perak di INNOVA, Belgium


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2010) UPM Menang 3 Emas dan 2 Perak di INNOVA, Belgium. [UPM News]

Abstract

BRUSSELS– Seramai lima penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya meraih satu anugerah khas dan lima pingat di World Exhibition on Innovation, Research and New Technologies (INNOVA) pada 18-20 November 2010. Anugerah Khas daripada Romania dan pingat emas yang dimenangi oleh Prof. Dr. Abdul Halim Shaari ialah ‘Novel Ceramics for Energy Storage’ iaitu bahan seramik yang boleh menyimpan tenaga elektrik dengan banyak. Bahan itu boleh digunakan dalam komponen-komponen kecil seperti kapasitor, penapis elektrik dan resisitor. Prof. Dr. Y.H. Taufiq Yap Yun Hin menerima pingat emas melalui produknya VANPHOS : New Solvothermal Synthesised Vanadium Phosphate Catalysts for Light Alkane Oxidation iaitu cara baharu pemangkin kristal saiz mikro menggunakan media organik yang rendah dalam sistem autoclave dengan masa yang singkat. Produk emas ketiga dimenangi oleh Prof. Madya Dr. Abdul Rashid Mohamed Shariff ialah Integrated 3D Terrain Visualizer iaitu sistem untuk mengambarkan bentuk topografi muka bumi dalam bentuk tiga dimensi melalui laman web persekitaran. Manakala pingat perak dimenangi oleh Dr. Rosnah Shamsudin dengan produk Efficient Jatropha Curcas L. Fruit Shelling Machine For Biodiesel Production iaitu sebuah mesin untuk memisahkan isi dan kulit buah jarak. Pingat perak kedua dimenangi oleh Dr. Siti Salwa Abd Gani dengan produk Nano-Engkabang Formulations for Cosmeceutical Application iaitu menggunakan sistem nano teknologi untuk menghasilkan formulasi krim dan losyen kulit hidrasi.


Download File

[img]
Preview
PDF
UPM_Menang.pdf

Download (71kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Depositing User: Najwani Amir Sariffudin
Date Deposited: 05 Aug 2010 04:39
Last Modified: 27 May 2013 07:35
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/7632
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item