UPM Institutional Repository

Pembangunan dan pengesahan instrumen literasi kesihatan remaja


Citation

Arif Shah, Jasmin (2017) Pembangunan dan pengesahan instrumen literasi kesihatan remaja. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Sejajar dengan matlamat Pelan Tindakan Kesihatan Remaja Kebangsaan Malaysia 2015-2020 untuk meningkatkan pembangunan masa depan remaja yang sihat daripada segi fizikal, mental dan sosial, peranan pendidikan pengembangan kesihatan amat penting. Pendidikan pengembangan kesihatan memainkan peranan dengan mendidik masyarakat melalui penglibatan mereka di dalam perancangan, pelaksanaan dan penilaian program untuk melakukan perubahan kepada aspek perlakuan individu terutamanya mengenai isu kesihatan. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk membangunkan dan mengesahkan instrumen literasi kesihatan remaja di Malaysia. Reka bentuk kajian tinjauan berurutan digunakan yang melalui dua peringkat. Peringkat pertama (kualitatif), peringkat membina konsep literasi kesihatan remaja bertujuan membangunkan konstruk dan item literasi kesihatan remaja melalui temu bual bersama panel pakar. Peringkat kedua (kuantitatif) menentukan proses kesahan dan kebolehpercayaan instrumen literasi kesihatan remaja yang telah dibangunkan. Peringkat pertama kajian, penyelidik telah menemu bual 12 informan melalui persampelan bertujuan yang terdiri daripada panel pakar kesihatan umum, pakar kesihatan remaja, pakar pembangunan kurikulum sekolah dan pakar psikologi remaja bagi menentukan konstruk berdasarkan teori literasi kesihatan yang telah ditetapkan. Peringkat kedua pula, seramai 790 orang responden dipilih berdasarkan teknik persampelan rawak sistematik. Seterusnya, kaedah triangulasi data digunakan bagi menghasilkan item berdasarkan konstruk daripada dapatan kajian kualitatif. Kajian ini memberikan nilai tambah kepada teori literasi kesihatan dengan penambahan konstruk baharu iaitu literasi kesihatan remaja perlu merangkumi aspek tingkah laku kesihatan, kesedaran risiko, kesejahteraan kesihatan, pencegahan penyakit dan promosi kesihatan yang tidak terdapat dalam teori literasi kesihatan sebelum ini. Sehingga kajian ini dijalankan, bidang pendidikan pengembangan yang memfokuskan literasi kesihatan dalam kalangan remaja masih belum didokumentasikan dan dikaji. Penyerlahan potensi dapatan kajian ini dapat memperkenalkan bidang pendidikan pengembangan kesihatan kepada umum. Hal ini dapat ditunjukkan dengan hala tuju pendidikan pengembangan kesihatan untuk program pembangunan remaja, iaitu membangunkan persekitaran komuniti yang sihat dan selamat, mengadakan perkhidmatan pencegahan klinikal untuk komuniti, memberikan hak keupayaan kepada individu menguruskan kesihatan, dan menghapuskan jurang kesihatan.


Download File

[img]
Preview
Text
FPP 2018 32 - IR.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Health education - Social aspects
Subject: Literacy - Health aspects
Call Number: FPP 2018 32
Chairman Supervisor: Siti Raba’ah binti Hamzah, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Mas Norain Hashim
Date Deposited: 28 Nov 2019 10:56
Last Modified: 28 Nov 2019 10:56
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/76269
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item