Simple Search:

Hubungan antara efikasi kendiri, estim kendiri dan pengalaman pengajaran dengan tekanan kerja pensyarah dikolej vokasional


Citation

Abu Hasan, Norhayati (2017) Hubungan antara efikasi kendiri, estim kendiri dan pengalaman pengajaran dengan tekanan kerja pensyarah dikolej vokasional. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract / Synopsis

Penstrukturan semula kurikulum vokasional dalam Pelan Strategik Transformasi Pendidikan Vokasional memperlihatkan penambahan amalan industri atau amali teknikal sebanyak 70 peratus kepada pelajar kolej vokasional. Proses penstrukturan ini secara tidak langsung telah menyebabkan pertambahan beban kerjadan meningkatkan risiko tekanan kerja dalam kalangan pensyarah. Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap tekanan kerja, efikasi kendiri dan estim kendiridalam kalangan pensyarahvokasional serta melihat hubungan antara pemboleh ubah tersebut. Selain itu kajian ini juga bertujuan untuk menentukan peramal kepada tekanan kerja dalam kalangan pensyarahvokasional. Reka bentuk deskriptif korelasi digunakan untukmenjalankan kajian ini. Kaedah persampelan rawak berstrata tidak berkadaran digunakan untuk melihat perbezaan antara bidang pengajaran.Responden kajian melibatkan 288 orang pensyarahyang mengajar bidang Teknologi Awam, Teknologi Elektrik dan Elektronik serta Teknologi Mekanikal Pembuatan di 18 buah Kolej Vokasional negeri Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Instrumen penyelidikan yang digunakan diubahsuai daripada pengkaji lepas antaranya Teacher Sense of Efficacy Scale oleh Tschannen-Moran dan Hoy (2001), Computer Technology Integration Survey oleh Wang et al., (2004), Rosenberg Self-Esteem Scale oleh Rosenberg (1965) dan soal selidik tekanan kerja oleh Henning dan Keller (1996). Dapatan kajian menunjukkan efikasi kendiri pensyarahvokasional adalah tinggi (M=3.89, SD=0.57) manakalaestim kendiri (M=2.90, SD=0.65) dan tekanan kerja(M=2.58, SD=0.94) adalah sederhana. Selain itu, terdapat perbezaan antara min tekanan kerja bagi pensyarah Teknologi Elektrik dan Elektronik, Teknologi Mekanikal dan Pembuatan serta Teknologi Awam. Dapatan kajian menunjukkan wujudnya hubungan signifikan antara tekanan kerja dengan efikasi kendiri (r=-0.692), estim kendiri (r=-0.485) dan pengalaman mengajar (r=-0.463). Selain itu, efikasi kendiri, estim kendiri, dan pengalaman mengajar merupakan peramal kepada tekanan kerja. Kesimpulannya, ciri-ciri individu iaitu efikasi kendiri, estim kendiri dan pengalaman mengajar memberikan pengaruh terhadap tekanan kerja. Oleh yang demikian, pensyarah vokasional dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional serta pentadbir kolej vokasional perlu menggalakan pensyarah untuk meningkatkan keyakinan dalam kemahiran mengajar agar lebih bersedia untuk berhadapan dengan cabaran transformasi pendidikan.


Download File

[img]
Preview
PDF
FPP 2017 43 IR.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Psychology
Subject: Lecturers - Job stress
Subject: Vocational education
Call Number: FPP 2017 43
Chairman Supervisor: Profesor Ab. Rahim b Bakar, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 27 Nov 2019 15:39
Last Modified: 27 Nov 2019 15:39
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/76266
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item