UPM Institutional Repository

Penerapan nilai kekeluargaan dalam pengajaran kekeluargaan oleh guru sekolah menengah di Selangor, Malaysia


Citation

Sulaiman, Siti Sa'adah (2018) Penerapan nilai kekeluargaan dalam pengajaran kekeluargaan oleh guru sekolah menengah di Selangor, Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Pengajaran bidang kekeluargaan di Malaysia semakin banyak dikendalikan oleh guru bukan opsyen. Selain itu, sebilangan guru baharu yang kurang pengalaman diarahkan mengajar dalam bidang kekeluargaan demi memenuhi keperluan sistem pendidikan. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneroka nilai kekeluargaan yang diterapkan dan proses penerapan nilai kekeluargaan dalam pengajaran tema kekeluargaan di sekolah menengah di Selangor. Guru sekolah menengah yang mengajar lima mata pelajaran yang mencakup tema kekeluargaan telah dipilih sebagai responden dengan menggunakan teknik persampelan bertujuan (purposive sampling). Kajian yang dijalankan ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes. Data diperolehi melalui kaedah temu bual separa berstruktur, pemerhatian dan analisis dokumen bagi menjawab tiga persoalan kajian. Perisian Atlas.ti digunakan bagi membantu proses analisis data. Dapatan kajian menunjukkan nilai kekeluargaan yang difahami oleh guru sebagai nilai yang baik, akhlak yang mulia dan sebagai nilai yang membentuk budaya hidup. Seterusnya, nilai kekeluargaan yang diterap merujuk kepada nilai yang dicakup secara tersurat dan tersirat dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) tema kekeluargaan. Selain itu, dapatan juga menunjukkan proses penerapan nilai kekeluargaan yang dilaksanakan oleh guru merangkumi pendekatan berpusatkan guru dan pendekatan berpusatkan murid. Kaedah penerapan secara langsung dan secara tidak langsung juga turut digunakan oleh guru dalam proses penerapan nilai. Dapatan juga menunjukkan terdapat beberapa kekangan yang dihadapi oleh guru dalam proses penerapan nilai kekeluargaan. Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa guru perlu memantapkan kefahaman mereka dalam pengetahuan berkaitan penerapan nilai kekeluargaan. Seterusnya, kajian ini memberi implikasi terhadap pemilihan guru yang mengajar tema kekeluargaan untuk meningkatkan kefahaman guru bagi membolehkan penerapan nilai kekeluargaan dapat dilakukan dengan lebih berkesan.


Download File

[img]
Preview
Text
FPP 2018 20 - IR.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: High school teaching - Research
Subject: Family life education - Study and teaching - Malaysia
Call Number: FPP 2018 20
Chairman Supervisor: Rahimah Jamaluddin, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 28 Nov 2019 10:54
Last Modified: 20 Jan 2020 06:15
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/76242
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item