UPM Institutional Repository

Pengaruh persekitaran pembelajaran terhadap kemahiran kerja berpasukan dalam kalangan pelajar tahun akhir Diploma Vokasional Malaysia di Selangor


Citation

Mohamad, Martini (2018) Pengaruh persekitaran pembelajaran terhadap kemahiran kerja berpasukan dalam kalangan pelajar tahun akhir Diploma Vokasional Malaysia di Selangor. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kemahiran kerja berpasukan merupakan antara kemahiran insaniah yang menjadi keutamaan majikan dalam mendapatkan pekerja. Terdapat majikan di industri yang mengaitkan kekurangan kemahiran kerja berpasukan antara faktor utama yang menjejaskan kebolehpasaran graduan di Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk melihat pengaruh persekitaran pembelajaran berdasarkan persepsi hubungan antara pelajar, hubungan pelajar dengan guru dan hubungan pelajar dengan kaedah pembelajaran dengan kemahiran kerja berpasukan dalam kalangan pelajar tahun akhir program Diploma Vokasional Malaysia, Kolej Vokasional di Selangor. Rekabentuk kajian ini adalah kolerasi dan seramai 241 orang pelajar tahun akhir telah terlibat sebagai responden kajian. Borang soal selidik yang digunakan dalam kajian ini mengandungi lima bahagian iaitu maklumat demografi, persepsi pelajar terhadap persekitaran pembelajaran berdasarkan hubungan antara pelajar, persepsi pelajar terhadap persekitaran pembelajaran berdasarkan hubungan antara pelajar dengan guru, persepsi pelajar terhadap persekitaran pembelajaran berdasarkan hubungan antara pelajar dengan kaedah pembelajaran dan kemahiran kerja berpasukan. Dapatan kajian menunjukkan tahap kemahiran kerja berpasukan pelajar tahun akhir program DVM, KV adalah tinggi. Wujudnya hubungan positif yang kuat antara semua faktor persekitaran pembelajaran yang dikaji dengan tahap kemahiran kerja berpasukan pelajar. Semua persekitaran pembelajaran dalam kajian ini juga merupakan peramal signifikan kepada tahap kemahiran kerja berpasukan di mana hubungan antara pelajar dengan kaedah pembelajaran dikenal pasti sebagai peramal terbaik. Dapatan kajian memberikan implikasi bahawa persekitaran pembelajaran yang positif berdasarkan persepsi hubungan antara pelajar, hubungan pelajar dengan guru dan hubungan pelajar dengan kaedah pembelajaran berupaya meningkatkan tahap kemahiran kerja berpasukan dalam kalangan pelajar. Tahap kemahiran kerja berpasukan yang tinggi diperlukan dalam memastikan matlamat penubuhan Kolej Vokasional yang mensasarkan 70% graduan menceburi bidang pekerjaan dapat dicapai.


Download File

[img]
Preview
Text
FPP 2018 17 - IR.pdf

Download (2MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Soft skills
Subject: Team learning approach in education
Subject: Group work in education
Call Number: FPP 2018 17
Chairman Supervisor: Abdullah Mat Rashid, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 28 Nov 2019 10:54
Last Modified: 20 Jan 2020 06:06
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/76239
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item