UPM Institutional Repository

Perkaitan antara persekitaran rumah, amalan pengajaran guru, kompetensi dan penerimaan sosial dengan kreativiti kanak-kanak prasekolah di Selangor, Malaysia


Citation

Ali, Norsita (2018) Perkaitan antara persekitaran rumah, amalan pengajaran guru, kompetensi dan penerimaan sosial dengan kreativiti kanak-kanak prasekolah di Selangor, Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji perkaitan antara persekitaran rumah, amalan pengajaran guru, kompetensi diri dan penerimaan sosial dengan kreativiti kanakkanak prasekolah di negeri Selangor. Seterusnya meneroka halangan-halangan yang dihadapi oleh guru dalam usaha memupuk kreativiti kanak-kanak prasekolah. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan disokong oleh dapatan kualitatif. Sampel kajian kuantitatif terdiri daripada 386 kanak-kanak prasekolah di negeri Selangor yang dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan rawak berlapis (stratified cluster random sampling). Reka bentuk kajian ini ialah tinjauan dengan menggunakan soal selidik dan ujian kreativiti. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) 20. Hasil kajian menunjukkan tahap kreativiti kanak-kanak adalah sederhana (min=15.85 dan SP=5.67). Hasil analisis Ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan kreativiti kanak-kanak prasekolah yang signifikan berdasarkan lokasi dan jantina. Analisis ujian Anova sehala juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan kreativiti yang signifikan berdasarkan tahap pendapatan keluarga serta akademik ibu dan bapa. Analisis korelasi Pearson pula menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan positif antara kreativiti kanak-kanak prasekolah dengan amalan pengajaran guru, persekitaran rumah, kompetensi dan penerimaan sosial. Melalui analisis regrasi pelbagai Stepwise, didapati bahawa secara signifikan amalan pengajaran guru merupakan penyumbang terbesar kepada kreativiti kanak-kanak; iaitu sebanyak 34.7%. Ini diikuti oleh persekitaran rumah yang menyumbang sebanyak 4.9% dan kompetensi diri sebanyak 2.3%. Kajian kualitatif yang menggunakan reka bentuk kajian kes telah dijalankan dengan menemu bual 12 orang peserta yang terdiri daripada guru prasekolah, ibu dan kanak-kanak prasekolah. Melalui analisis secara tematik terhadap dapatan temu bual, didapati terdapat empat punca utama yang menghalang pemupukan kreativiti kanak-kanak prasekolah iaitu berpunca daripada guru, ibu bapa, kesediaan kanak-kanak dan halangan fizikal. Kajian ini mencadangkan agar kajian lanjutan dijalankan untuk melihat faktor penyumbang yang lain dalam peningkatan kreativiti kanak-kanak prasekolah. Akhir sekali, kajian ini memberi sumbangan dalam meluaskan badan pengetahuan yang sedia ada dengan menambah sedikit sebanyak informasi berkenaan bidang kreativiti kanak-kanak prasekolah.


Download File

[img]
Preview
Text
FEM 2018 38 - IR.pdf

Download (3MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Education, Preschool - Research - Malaysia
Call Number: FEM 2018 38
Chairman Supervisor: Zainal bin Madon, PhD
Divisions: Faculty of Human Ecology
Depositing User: Mas Norain Hashim
Date Deposited: 20 Nov 2019 02:13
Last Modified: 20 Nov 2019 02:13
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75775
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item