Simple Search:

Hegemoni Soeharto terhadap gerakan pelajar di Indonesia, 1966-1998


Citation

Ahmad, Azhar (2018) Hegemoni Soeharto terhadap gerakan pelajar di Indonesia, 1966-1998. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract / Synopsis

Tesis ini mempunyai tiga tujuan utama, iaitu mengkaji gerakan pelajar pada zaman Orde Baru Soeharto, meneliti tindakan hegemoni yang diambil oleh negara ke atas gerakan pelajar dan menilai impak gerakan pelajar terhadap politik Indonesia. Konsep yang digunakan sebagai alat analisis dalam kajian ini ialah hegemoni dan gerakan sosial pelajar. Tesis ini menggunakan kedua-dua data primer dan sekunder. Data primer dalam kajian ini adalah temu bual dengan informan autoritatif yang terdiri dari aktivis pelajar, ahli politik dan juga ahli akademik. Data sekunder pula diperolehi dari buku, tesis serta jurnal yang diterbitkan berkaitan dengan tajuk kajian ini. Data-data ini kemudiannya dianalisis secara kualitatif. Hasil kajian mendapati regim Orde Baru Soeharto menggunakan tekanan yang kuat ke atas pelajar yang menentangnya sehingga menyebabkan gerakan pelajar ini didominasi oleh negara. Cara yang dilakukan oleh rejim untuk menekan pelajar ini adalah melalui pelbagai dasar dan taktik seperti menubuhkan Badan Koordinasi Kepelajaran (BKK), mengawal aktiviti akademik, mengindoktrinasikan fahaman serta menerapkan konsep link and match di institusi pengajian tinggi. Akibat tindakan hegemoni kerajaan ini, maka gerakan pelajar menjadi lemah dan aktiviti mereka hanya terbatas dalam bentuk kelab-kelab perbincangan dan terbabit dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGOs) sahaja. Pada dekad 1990-an, golongan aktivis pelajar mulai terlibat dengan pelbagai kumpulan di luar kerajaan, namun gerakan mereka masih bersifat sporadik dan terhad. Ini kerana mereka dikawal ketat oleh kerajaan menyebabkan mereka mudah ditundukkan oleh dominasi negara. Bagaimanapun, pada tahun 1997 apabila berlaku krisis kewangan yang tenat, gerakan pelajar ini bangkit kembali dan bersikap kritikal terhadap kerajaan. Mereka menentang penyelewengan dan amalan korupsi, kronisme dan nepotisme (KKN) yang berlaku dalam negara. Gerakan mereka mendapat sokongan rakyat sehingga akhirnya membawa kepada kejatuhan Suharto pada tahun 1998. Kejatuhan Suharto ini menunjukkan satu perkara: bahawa daya tahan hegemoni ada batasnya dan tidak boleh bertahan selama-lamanya. Hasil kajian mendapati keadaan ini berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor seperti perkembangan pesat teknologi maklumat, internet, media massa, persekitaran politik antarabangsa dan lainnya. Di akhir analisisnya, kajian ini mendapati kejatuhan Soeharto telah membawa pendemokrasian kepada politik Indonesia.


Download File

[img]
Preview
PDF
FEM 2018 31 IR.pdf

Download (2MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (PhD)
Subject: Soeharto, 1921-2008
Subject: Indonesia - Politics and government - 1966-1998
Call Number: FEM 2018 31
Chairman Supervisor: Profesor Jayum Jawan, PhD
Divisions: Faculty of Human Ecology
Depositing User: Mas Norain Hashim
Date Deposited: 20 Nov 2019 10:25
Last Modified: 20 Nov 2019 10:25
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75762
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item