UPM Institutional Repository

Pola penggunaan dan perbelanjaan penggunaan tenaga dan air dalam kalangan pengguna bandar


Citation

Md Jusoh, Zuroni and Osman, Syuhaily and Mat Salleh, Roslina and Shukor, Nurul Faizah (2015) Pola penggunaan dan perbelanjaan penggunaan tenaga dan air dalam kalangan pengguna bandar. In: 19th MACFEA National Seminar 2015 (MACFEA2015), 19-20 Nov. 2015, Palm Garden Hotel, IOI Resort City, Putrajaya, Malaysia. (pp. 746-755).

Abstract

Tenaga elektrik dan air merupakan suatu keperluan asas yang penting dalam kehidupan. Tahap penggunaan peralatan elektrik dalam dunia yang serba maju ini semakin meningkat di mana pengguna semakin bergantung kepada sumber tenaga bagi melaksanakan sebarang aktiviti harian. Di sebalik pelbagai kesukaran untuk mendapatkan air yang bersih, telah didapati bahawa penduduk Malaysia telah menggunakan air secara tidak berhemah, di mana mengikut statistik, penggunaan air bagi setiap individu dalam sehari adalah sebanyak 225 liter, berbanding Singapura (155 liter) dan Thailand sebanyak 90 liter sehari. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji pola penggunaan dan perbelanjaan penggunaan tenaga dan air dalam kalangan pengguna bandar. Kajian ini melibatkan seramai 480 wakil isi rumah yang bekerja di beberapa agensi awam dan berada di kawasan bandar metropolitan bagi mewakili 4 zon utama Semenanjung Malaysia iaitu Alor Setar (Zon Utara), Kuala Terengganu (Zon Timur), Shah Alam (Zon Barat) dan Johor Baharu (Zon Selatan) dengan menggunakan teknik persampelan rawak mudah. Melalui kaedah ini, isi rumah yang terpilih telah diberikan borang soal selidik dengan menggunakan instrument yang diadaptasi daripada Teaching Green-The Middle Years untuk dilengkapkan. Analisis deskriptif digunakan untuk penganalisisan data. Hasil kajian mendapati, sebahagian besar responden tidak terlibat dengan penggunaan berlebihan dari segi penggunaan tenaga elektrik dan penggunaan air. Namun begitu, masih terdapat pengguna yang menggunakan tenaga secara berlebihan dan pembaziran ke atas penggunaan sumber ini menyebabkan perbelanjaan ke atas penggunaan sumber-sumber tersebut turut meningkat. Dapatan ini mencadangkan supaya menggunakan peralatan yang jimat tenaga, menutup suis utama elektrik dan sistem pengudaraan rumah di Malaysia perlulah diperbaiki. Sementara itu, penggunaan air yang berhemah amat digalakkan bagi mengurangkan penggunaan sumber air serta penggunaan sistem tadahan air hujan di rumah perlu diwujudkan.


Download File

[img] Text
MACFEA2015-6.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (110kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Human Ecology
Keywords: Usage pattern; Spending; Energy; Water
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 12 Nov 2019 02:42
Last Modified: 12 Nov 2019 02:42
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75660
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item