Simple Search:

Konsep tanah dalam al-Quran al-Karim dari aspek semantik dan al-I‘Jaz al-Bayani


Citation

Abdullah, Nurul Husna (2017) Konsep tanah dalam al-Quran al-Karim dari aspek semantik dan al-I‘Jaz al-Bayani. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract / Synopsis

Tanah merupakan komponen yang sangat dekat dengan kehidupan manusia. Ia banyak berkomunikasi dengan manusia dari awal hingga akhir kehidupan manusia. Al-Quran merekodkan terdapat beberapa perkataan diterjemah dengan maksud tanah melalui rujukan daripada Quran terjemahan Tafsir Pimpinan al-Rahman edisi ke-12. Terdapat lafaz sama yang diterjemah dengan tanah menerangkan konteks ayat berbeza dan lafaz yang berbeza menerangkan konteks ayat yang sama. Hal ini wujud persoalan mengapa pelbagai lafaz boleh diterjemah satu makna iaitu tanah. Bertitik tolak daripada persoalan ini, kajian dijalankan untuk memahami konsep tanah dalam al-Quran, menganalisis lafaz mengikut konteks ayat dan menganalisis dari aspek al-Iʼjāz al-Bayāni. Kajian ini menggunakan analisis semantik al-Quran menurut perspektif Toshihiko Izutsu dan panduan al-Iʼjāz al- Bayāni daripada Dr. Ṣalāḥ ‘Abd al-Fattāḥ al-Khālidī. Hasil analisis menemui enam lafaz yang membicarakan beberapa konteks ayat tentang tanah. Lafaz tersebut ialah al-arḍ, alturāb, ḥamā’, ṣalṣāl, ṣa’īd,dan al-ṭīn. Rumusan makna dasar bagi setiap lafaz tanah adalah seperti berikut; al-arḍ ialah tanah yang merujuk kepada semua bahagian di atas bumi, alturāb merujuk kepada segala jenis tanah, al-ṭīn ialah tanah liat hasil campuran turāb dan air, ḥamā’ ialah tanah lumpur yang berwarna gelap dan berbau, ṣalṣāl jenis tanah liat kering dan ṣa’īd merujuk kepada debu tanah di permukaan bumi, Hasil analisis menunjukkan penggunaan lafaz bermakna tanah seperti berikut: Pertama, tanah dalam penciptaan manusia menggunakan lafaz; al-arḍ, al-turāb, al-ṭīn, ḥamā’ dan ṣalṣāl. Kedua, tanah sebagai tempat pengebumian manusia menggunakan lafaz; al-arḍ dan al-turāb. Ketiga, perubahan manusia menjadi tanah selepas mati menggunakan lafaz al-turāb. Keempat, tanah seperti debu menggunakan lafaz al-turāb dan ṣa’īd. Kelima dan keenam tanah yang melibatkan aktiviti di atas bumi seperti pertanian dan pembinaan menggunakan lafaz al-arḍ. Ketujuh, memfokuskan kepada bahan untuk pembinaan, penciptaan selain manusia dan bahan untuk hukuman menggunakan lafaz al-ṭīn kerana sifatnya yang boleh membentuk.. Kesimpulannya, setiap lafaz memainkan peranan yang penting dalam situasi ayat yang digunakan.


Download File

[img]
Preview
PDF
FBMK 2018 57 IR.pdf

Download (2MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Qurʼan - Evidences, authority, etc
Subject: Qurʼan - Language, style
Call Number: FBMK 2018 57
Chairman Supervisor: Mohd Sukki bin Othman, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Mas Norain Hashim
Date Deposited: 27 Nov 2019 10:00
Last Modified: 27 Nov 2019 10:00
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75560
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item