UPM Institutional Repository

Leksikon berunsurkan sosiobudaya dalam manuskrip Melayu tradisional


Citation

Rosly, Nurfarhana Shahira (2018) Leksikon berunsurkan sosiobudaya dalam manuskrip Melayu tradisional. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kehadiran leksikon berunsurkan sosiobudaya dalam manuskrip Melayu Tradisional bukan sahaja mencerminkan kekayaan leksikon Melayu sejak zaman dahulu, malah menggambarkan keadaan masyarakat yang kaya dengan ilmu kehidupan termasuklah ilmu sastera, penulisan, teknologi dan lain-lain. Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkategorikan leksikon berunsurkan sosiobudaya dalam manuskrip Melayu Tradisional, menganalisis leksikon berunsur sosiobudaya berdasarkan Teori Sosiolinguistik Holmes (2013) serta merumuskan perkaitan antara leksikon berunsur sosiobudaya dengan latar sosial dalam manuskrip Melayu tradisional. Kajian ini menumpukan kepada tiga buah manuskrip abad ke-19 sebagai bahan kajian, iaitu Hikayat Ahmad Muhammad, Syair Siti Zubaidah Perang China dan juga Syair Madhi. Model Lima Kumpulan Unsur Budaya Newmark (1988) telah dijadikan mandala kajian Teori Sosiolinguistik Holmes (2013) telah bertindak sebagai teori kajian. Selain itu, kaedah kajian merangkumi kaedah kepustakaan serta analisis teks. Dapatan kajian memperlihatkan terdapat 234 leksikon yang sesuai diangkat menjadi data kajian. Malah, terdapat 22 leksikon berunsurkan sosiobudaya yang masih belum terdapat dalam senarai rujukan PRPM, 37 leksikon berunsurkan sosiobudaya yang tidak tersenarai dalam Kamus Jawi-Melayu-Inggeris Wilkinson serta banyak lagi leksikon berunsurkan sosiobudaya yang tidak dilihat menerusi Glosari Perpustakaan Negara Malaysia. Seterusnya, leksikon berunsurkan sosiobudaya yang terdapat dalam ketiga-tiga manuskrip tersebut memperlihatkan hubungan yang kukuh dengan keadaan latar belakang kehidupan masyarakat. Justeru, ketiadaan leksikon ini dalam senarai rujukan utama negara boleh dipertimbang untuk disenaraikan. Hal ini sebagai langkah bagi menambah dan memperkaya bilangan leksikon Melayu. Usaha-usaha menilai dan meneliti manuskrip dan leksikon Melayu perlu digiatkan lagi oleh pihak yang terlibat bagi tujuan mengembalikan dan mengesahkan semula keagungan bahasa Melayu di mata dunia.


Download File

[img]
Preview
Text
FBMK 2018 32 IR.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Manuscripts, Malay - Social aspects
Subject: Malay literature
Call Number: FBMK 2018 32
Chairman Supervisor: Profesor Madya Mohd Sharifudin Yusop, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Mas Norain Hashim
Date Deposited: 21 Nov 2019 08:56
Last Modified: 21 Nov 2019 08:56
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75485
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item