Citation
Ab Aziz, Norihan
(2018)
Kebijaksanaan dalam strategi perang berdasarkan Syair Perang Mengkasar.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Syair perang Mengkasar adalah sebuah syair sejarah yang telah ditulis antara tahun 1669-1670 oleh jurutulis istana Sultan Hasanuddin dari kerajaan Goa-Tallo iaitu Enci’ Amin. Naskhah ini menceritakan tentang siri peperangan yang berlaku antara Mengkasar dan Belanda pada abad ke-17 di negeri Mengkasar yang terletak di Sulawesi Selatan. Keunikan dan keistimewaan naskhah ini yang dikatakan sebagai sebuah syair tertua bagi sastera bercorak sejarah telah menarik minat pengkaji untuk menjalani pengkajian secara lebih terperinci terhadap naskhah ini. Objektif kajian adalah untuk mentransliterasikan dan mendiskripsikan naskhah Syair Perang Mengkasar, menghuraikan sistem tulisan Jawi dan kosa kata yang sukar difahami di di dalam naskhah, dan seterusnya akan menganalisis strategi-strategi perang antara Mengkasar dan Belanda sebagaimana yang telah diceritakan oleh pengarang melalui syairnya dalam naskhah tersebut. Oleh itu, pengkajian ini akan dijalankan dengan dengan melakukan transliterasi melalui pendekatan filologi. Proses transliterasi terlebih dahulu dilakukan bagi memudahkan pengkajian sebelum menjalankan proses kajian yang seterusnya di dalam naskhah. Transliterasi merupakan satu proses yang wajib dilakukan oleh ahli Filologi sebelum menjalankan penelitian dengan lebih lanjut mengenai isi teks sesebuah naskhah. Pendekatan Filologi diaplikasikan bagi melakukan transliterasi, manakala penganalisisan terhadap strategi perang dalam naskhah ini akan dilakukan dengan berpandukan kepada strategi perang Nabi Muhammad SAW. Hasil daripada pengkajian ini, didapati bahawa naskhah Syair Perang Mengkasar ini adalah merupakan sebuah karya sastera sejarah yang menarik, contohnya tentang peristiwa-peristiwa sejarah peperangan yang berlaku di Mengkasar. Selain penggunaan bahasa Melayu ia turut diselitkan dengan bahasa Arab, juga beberapa perkataan dari bahasa masyarakat Bugis dan Mengkasar. Selain itu, strategi perang yang digunakan oleh Mengkasar dan Belanda juga dilihat agak berkesan dan relevan untuk diaplikasikan pada masa kini.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |