UPM Institutional Repository

Simbol maritim kuno pada hiasan perahu tradisional Melayu di Pantai Timur, Semenanjung Malaysia


Citation

Abdul Wahab, Mohd Rohaizat and Nik Abd. Rahman, Nik Hassan Shuhaimi and Ramli, Zuliskandar and Abdul Samad, Mohammad Anis and Mohd Ali, Muhamad Syafiq and Mohd Mokhtar, Ahmad Helmi (2015) Simbol maritim kuno pada hiasan perahu tradisional Melayu di Pantai Timur, Semenanjung Malaysia. In: Seminar Antarabangsa ke-4 Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu, 25-26 Nov. 2015, Pusat Penyelidikan Langkawi, Kampus Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Syah, Langkawi. (pp. 785-793).

Abstract

Kajian terhadap seni hias dalam kebudayaan Melayu banyak dibincangkan oleh pengkaji-pengkaji dalam dan luar negara. Namun begitu perbincangan khusus kepada seni hias pada perahu tradisional Melayu masih lagi kurang dan banyak perkara boleh dibincangkan lagi. Artikel ini akan menyentuh mengenai jumpaan simbol-simbol kuno yang digunakan dalam seni hias perahu tradisional Melayu terutama di Pantai Timur, Semenanjung Malaysia. Objektif kajian ini adalah untuk melihat persamaan pemahaman masyarakat maritim di seluruh dunia mengenai penggunaan simbol kuno yang digunakan pada perahu mereka. Kajian ini menggunakan pendekatan analisa visual berdasarkan jumpaan imej-imej yang menyerupai simbol kuno yang terdapat pada hiasan perahu di seluruh dunia. Simbol-simbol ini akan diperihalkan maksud dan perkaitannya dengan menggunakan kaedah ikonografi. Hasil daripada kajian ini mendapati kefahaman dan kepercayaan masyarakat maritim di seluruh dunia hampir sama pada simbol kuno tersebut dan salah satu keunikan dihasilkan oleh masyarakat Melayu adalah pada penghasilan simbol kuno ini dengan cara yang tersendiri dan ia juga menjadi ikonik kepada masyarakat pelaut Melayu di Pantai Timur.


Download File

[img] Text
777-1.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Institute for Mathematical Research
Publisher: Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Decorative art; Traditional boat; Ancient symbol
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 07 Oct 2019 04:13
Last Modified: 07 Oct 2019 04:13
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75439
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item