UPM Institutional Repository

Politik birokrasi semasa proses awal pemajuan projek perumahan kerajaan dalam melaksana Dasar Perumahan Negara (DRN)


Citation

Mohd Zain, Zarina and Ku Samsu, Ku Hasnita and Adnan, Zatul Himmah and Ismail, Mohd Mahadee (2018) Politik birokrasi semasa proses awal pemajuan projek perumahan kerajaan dalam melaksana Dasar Perumahan Negara (DRN). In: 7th International Conference on Social Sciences and Humanities (ICOSH-UKM 2018), 12-15 Nov. 2018, Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia. (pp. 887-901).

Abstract

Kewujudan unsur politik semasa pentadbiran atau ‘Politik Birokrasi (PB)’ sering kali menjadi halangan kepada pelaksanaan yang berkesan. Objektif penulisan ini adalah untuk menilai unsur PB yang berlaku semasa proses pemajuan projek perumahan kerajaan. Di samping itu, implikasinya terhadap pelaksanaan Dasar Perumahan Negara (DRN) dan cadangan untuk meminimumkan isu PB ini turut dibincangkan. Kaedah kualitatif kajian kes dijalankan secara interaksi bersemuka bersama sepuluh orang informan yang terlibat secara langsung dalam proses pemajuan projek perumahan dan dipilih berdasarkan tiga tingkat kerajaan iaitu kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Jabatan Perumahan Negara (JPN), kerajaan negeri iaitu pegawai dari Lembaga Perumahan dan Hartanah Negeri serta Bahagian Perumahan Negeri melibatkan lima negeri yang mencatat kes projek perumahan tertinggi seperti dilaporkan Jabatan Statistik iaitu Selangor, Pulau Pinang, Johor, Kedah dan Perak. Turut dipilih sebagai informan adalah wakil dari dua Unit Pusat Sehenti (One-Stop Center) yang mewakili Pihak Berkuasa Tempatan dan satu wakil dari pemaju kerajaan iaitu Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB). Penemuan kajian menunjukkan bahawa terdapat lima unsur politik yang mempengaruhi proses pemajuan iaitu semasa proses mendapatkan kelulusan, penglibatan banyak agensi memberi kesan kepada kelewatan proses selain daripada pengaruh kuasa dan konflik kepentingan yang berlaku antara agensi terlibat. Unsur lain yang turut menyumbang kepada kelemahan proses awal pemajuan adalah disebabkan oleh kelemahan tahap penyelarasan walaupun keputusan dibuat secara rasional. Kajian ini turut mengenal pasti dapatan baru iaitu perbezaan ideologi politik turut menyumbang kepada politik birokrasi terutama melibatkan dua tingkat kerajaan iaitu kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Justeru, secara tuntas didapati bahawa politik birokrasi yang berlaku semasa proses awal pemajuan perumahan mempengaruhi pelaksanaan DRN. Hasil kajian ini telah meyakinkan pengkaji bahawa mengenal pasti unsur yang tepat tentang masalah politik birokrasi dan mengenal pasti kaedah yang terbaik dapat membantu kerajaan dan pihak berkepentingan lain untuk menggubal dasar dan melaksana projek perumahan dengan lebih berkesan yang boleh mendorong dan mengurus perubahan dalam pembangunan projek perumahan kerajaan seterusnya mampu mencapai matlamat DRN.


Download File

[img] Text
ICOSH-UKM2018-5.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (416kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Human Ecology
Publisher: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Bureaucratic politics; Early process of developing government's housing projects; National Housing Policy (NHP)
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 07 Oct 2019 04:10
Last Modified: 07 Oct 2019 04:10
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75383
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item