UPM Institutional Repository

Peranan guru sebagai agen perpaduan etnik: cabaran dan halangan di sekolah


Citation

Yong, Hie Hie and Ku Samsu, Ku Hasnita and Adnan, Zatul Himmah (2018) Peranan guru sebagai agen perpaduan etnik: cabaran dan halangan di sekolah. In: 7th International Conference on Social Sciences and Humanities (ICOSH-UKM 2018), 12-15 Nov. 2018, Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia. (pp. 401-415).

Abstract

Sekolah melalui peranan guru, berpotensi menjadi agen sosialisasi politik dalam pembentukan perpaduan etnik dalam kalangan pelajar. Guru terutamanya di peringkat sekolah rendah mampu menjadi agen yang berpengaruh dalam memupuk kesedaran pelajar di usia awal mereka tentang kepentingan perpaduan etnik, khasnya dalam konteks masyarakat pelbagai etnik di Malaysia. Walau bagaimanapun, proses penyatuan etnik di Malaysia amnya, dan di peringkat sekolah khususnya masih berhadapan dengan pelbagai cabaran dan halangan. Artikel ini bertujuan untuk membincangkan beberapa halangan yang menjadi cabaran kepada sekolah khasnya guru sekolah rendah yang mampu menjejaskan proses pemupukan nilai perpaduan dalam kalangan pelajar. Perbincangan dalam artikel ini merupakan sebahagian daripada kajian PhD yang memfokuskan kepada peranan guru sebagai agen sosialisasi politik dalam membentuk perpaduan etnik di sekolah. Data kajian dikumpulkan melalui perbincangan kumpulan berfokus yang melibatkan 16 orang guru Melayu, Cina dan India daripada SekolahKebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT) di daerah X, Selangor. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat tiga faktor yang berkaitan dengan sistem pentadbiran sekolah yang menjadi cabaran dan halangan kepada sekolah dalam proses pembentukan perpaduan etnik. Pertama, sistem pengasingan guru dalam dua sesi persekolahan; kedua, pengelompokan guru di bilik guru mengikut mata pelajaran; dan ketiga, penumpuan sekolah yang lebih kepada keputusan akademik pelajar berbanding dengan aspek lain. Ketiga-tiga faktor ini berupaya mewujudkan jurang etnik antara sesama guru dan antara guru dengan pelajar di sekolah. Implikasinya, pihak sekolah perlu memberi perhatian kepada terhadap isu dan kesedaran kepada semua warga sekolah tentang kepentingan perpaduan etnik untuk melahirkan budaya sekolah yang bersemangat perpaduan tinggi.


Download File

[img] Text
ICOSH-UKM2018-4.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (491kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Human Ecology
Publisher: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Political socialization; Ethnic unity; Socialization agent; School; Teacher
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 07 Oct 2019 04:08
Last Modified: 07 Oct 2019 04:08
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75380
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item