UPM Institutional Repository

Pendekatan nilai pendidikan dalam kitab Diwan as-Syafie


Citation

Ali, Muhamad Fairuz and Mezah, Che Radiah and Othman, Mohd Sukki (2015) Pendekatan nilai pendidikan dalam kitab Diwan as-Syafie. In: Persidangan Kebangsaan Bahasa Arab (NCAL2015), 18-19 Ogos 2015, IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi. (pp. 289-296).

Abstract

Pendidikan bukan sahaja terhad kepada apa yang dipelajari di sekolah, pusat pengajian atau Institut Pengajian Tinggi. Ia juga boleh diperoleh melalui pembacaan hasil karya sastera yang menjurus ke arah pembentukan modal insan. Harya sastera seperti puisi, pantun, cerpen, novel, teater, lakonan dan sebagainya mampu memberi contoh serta menerapkan unsur pendidikan yang baik kepada khayalak. Puisi pula adalah salah satu karya sastera dalam bentuk sajak dengan tujuan menyatakan sesuatu, menggambarkan alam sekeliling dan menggambarkan keindahan. Puisi Islam adalah puisi yang diterapkan unsur-unsur Islam di dalamnya serta menyampaikan mesej dakwah dan pendidikan kepada pembaca. Hal ini jelas dibuktikan dengan pendekatan puisi yang diketengahkan oleh penyair Islam seperti Imam as-Syafie, Imam al-Buhturi, Abu Tammam, Ahmad Shauqi dan sebagainya. Justeru, kajian ini berusaha menganalisis kitab sastera Arab iaitu Diwan as-Syafie yang memaparkan puisi-puisi hasil karya Imam as-Syafie yang berunsur pendidikan dalam menyampaikan dakwah kepada manusia. Bait-bait puisi ini bukan sahaja berjaya memaparkan keindahan bahasa tetapi juga menerapkan nilai pendidikan yang tinggi untuk diteladani. Dengan ini, kajian dapat memperlihatkan proses interpretasi nilai pendidikan ini diaplikasi melalui puisi bagi memberi pengajaran kepada manusia melalui pembacaan puisi Islam.


Download File

[img] Text
NCAL-3.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (522kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Keywords: Islamic poem; Imam as-Syafie; Educational value
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 07 Oct 2019 03:54
Last Modified: 07 Oct 2019 03:54
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75300
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item